WASHINGTON: Israel melakukan pusingan U (u-turn) dengan meminta untuk menjadualkan semula pertemuan dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan rancangan ketenteraannya di bandar Rafah di selatan Gaza, kata seorang pegawai AS pada Rabu.
Permintaan itu dibuat Israel hanya beberapa hari selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu secara tiba-tiba membatalkan rundingan yang dirancang.
Netanyahu membatalkan lawatan delegasi kanan Israel ke Washington oleh selepas AS membenarkan kelulusan resolusi gencatan senjata Gaza di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 25 Mac lalu.
Keputusan AS berkecuali sekali gus membolehkan resolusi itu diluluskan dilihat sebagai petunjuk kekecewaan AS yang semakin meningkat terhadap Perdana Menteri Israel.
Pegawai AS berkata, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bingung dengan pembatalan Israel dan menganggapnya sebagai tindak balas keterlaluan terhadap resolusi Majlis Keselamatan, sambil menegaskan tiada perubahan dalam dasar.
Pada Rabu, seorang pegawai AS pula memberitahu, pejabat Netanyahu "telah berkata mereka ingin menjadualkan semula mesyuarat yang didedikasikan untuk Rafah. Kami kini bekerjasama dengan mereka untuk menetapkan tarikh yang sesuai."
Netanyahu sedang mempertimbangkan untuk menghantar delegasi menghadiri mesyuarat di White House seawal minggu hadapan tetapi penjadualan masih diuruskan, seorang pegawai Israel di Washington memberitahu Reuters dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri Israel.
Pusingan U itu dibuat selepas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengadakan "perbincangan yang konstruktif " sejak dua hari lepas dengan pegawai kanan AS di Washington, tambah pegawai itu
Rundingan yang dirancang itu dijangka memberi tumpuan kepada serangan terancam Israel di Rafah, tempat perlindungan terakhir yang agak selamat untuk orang awam Palestin di Gaza.
Pada minggu lalu, White House menyatakan hasrat untu berkongsi dengan pegawai Israel tindakan alternatif untuk menghapuskan kumpulan militan Palestin Hamas tanpa serangan darat di Rafah yang dilihat Washington akan menjadi "bencana." - Reuters
Agensi
Wed Mar 27 2024
Benjamin Netanyahu meminta pertemuan dengan Amerika diatur semula seawal minggu hadapan. Rundingan yang dirancang itu dijangka memberi tumpuan kepada serangan terancam Israel di Rafah. - Gambar fail AP
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Israel buat ‘u-turn’ minta pertemuan dengan Amerika diatur semula
Hanya beberapa hari selepas batalkan pertemuan, Benjamin Netanyahu tiba-tiba mahu berbincang pula.