TEL AVIV: Israel mengakui bahawa tenteranya menggunakan pelbagai cara yang boleh untuk memusnahkan terowong bawah air yang didakwa digunakan pejuang Hamas.

Jurucakapnya, Daniel Hagari dalam pada itu tidak menafikan mereka menggunakan air laut untuk melemaskan hidupan di dalam terowong termasuk pelarian yang berlindung.

Hagari berkata mereka menggunakan pelbagai cara kreatif untuk merosakkan terowong.

Beberapa kaedah itu termasuk aktiviti taktikal, selain menggunakan beberapa alat untuk memaksa apa yang didakwa Hamas keluar dari terowong.

Dia berkata semakin banyak kaedah yang digunakan, adalah lebih baik.

Namun mengulas lanjut mereka tidak akan memberikan maklumat kepada musuh tentang di mana dan kaedah yang mereka gunakan.

Dalam pada itu Israel mengumumkan kekalahan pertempuran paling teruk dalam tempoh lebih sebulan perang sejak 7 Oktober lalu.

Ia ekoran serangan hendap dilakukan di Gaza, dengan bilangan nyawa terkorban semakin meningkat.

Selain itu Israel turut menghadapi hubungan diplomatik yang semakin terjejas apabila kematian orang awam meningkat dan malapetaka kemanusiaan semakin teruk di wilayah Palestin.