SERANGAN tidak berperikemanusian oleh askar Israel ke atas Masjidil Aqsa di bulan Ramadhan yang penuh mulia merupakan perbuatan biadap, dan melampau.
Siri kekejaman Israel memang tidak dapat dilindungi lagi, Israel hidup dengan nyawa dan darah rakyat Palestin.
Searangan selama tiga hari berturut-turut mulai 24 Ramadhan, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kematian dan 53 kecederaan.
Semuanya berpunca dari kerakusan rejim Israel menjarah tanah berdaulat milik Palestin. Manakala hanya satu kecederaan direkodkan di pihak Israel yang dipuncakan oleh serangan tanpa senjata.
Inilah bukti ketidakadilan dan kebobrokkan rejim pengganas Israel. Rejim yang tidak diiktiraf dunia kecuali sekutu-sekutu mereka yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
Landskap geo-politik dunia berubah secara drastik dengan berlakunya penjajahan mulai kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-20.
Lebih 90 peratus negara di dunia mengecapi erti merdeka dan mulai berkerajaan sendiri. Akan tetapi, dalam masa tersebut muncul pula penjajah baharu yang bernama Israel.
Penjajahan Israel berterusan hingga ke hari ini dan menjadi satu-satunya penjajah yang masih wujud dan aktif di dunia ini.
Malah negara China sebagai contoh, secara tidak langsung menerima pentadbiran sendiri Taiwan dan Macau dan tidak mengiktirafnya secara diplomatik.
Akan tetapi Israel tidak pernah mengiktiraf Palestin. Malah dari hari ke hari penjajahan terus berlaku dengan cara merampas tanah penduduk Palestin.
Palestin tidak dianggap sebagai sebuah negara, tetapi adalah satu wilayah yang wujud dalam negara Israel. Malah tentera Israel bebas masuk dan mengganggu apa sahaja aktiviti penduduk Palestin.
Dron, helikopter, pesawat pejuang mahupun kereta kebal dan kenderaan perisai Israel acap kali masuk ke wilayah-wilayah Palestin seperti kepunyaan mereka. Penduduk Palestin hanya mampu melihat dan menunggu saat untuk diserang dan bersemadi di bumi tanah tumpah darah mereka.
Selepas era penjajahan, Sulu tidak lagi mempunyai hak ke atas kesultanan yang pernah wujud dahulu.
Pattani kehilangan kesultanan mereka, Kesultanan Johor-Riau tidak lagi wujud, Pakistan dan India terbahagi dua, negara-negara kecil wujud selepas Khalifah Uthmaniyyah dijatuhkan.
Semua pihak akur dan menerima keadaan tersebut kerana ianya tertulis dalam sejarah moden.
Kita tidak boleh balik semula ke zaman lampau dan mengubah sejarah. Bukti-bukti sebelumnya seringkali ditolak oleh mahkamah antarabangsa kerana yang terpakai adalah perundangan, statut, deklarasi dan perjanjian yang terkini.
Akan tetapi lain pula kisahnya di Palestin, segala perjanjian, segala negosiasi dan keputusan zaman moden dipersetankan.
Israel tidak pernah surut menjarah tanah Palestin hingga hampir tiada lagi yang tinggal.
Malah pemilikan ‘Constantinapole’ oleh Sultan Mehmet Al-Fatih serta penguasaan ke atas gereja terbesar dunia, Hagia Sophia juga tidak mampu diubah semula.
Walaupun asalnya adalah milik Kristian, tetapi sejarah menunjukkan ianya dikuasai pula oleh Muslim dan seterusnya dimiliki oleh Sultan Al-Fatih dan hari ini menjadi aset waqaf milik negara Turki.
Walau apapun tuntutan oleh pihak Kristian, akan tetapi mustahil ‘Constantinapole’ dan Hagia Sophia diserahkan semula kepada pihak Kristian (Rome).
Dunia mengakuinya, malah Turki juga mengakuinya tetapi pemilikan akhir adalah kerajaan Turki.
Jadi jika Israel mahu menuntut Jurusalem atas dasar sejarah, ianya tidak sepatutnya berlaku kerana sejarah moden telah diterima dan ianya menjadi milik Palestin selain Masjidil Aqsa, lokasi ketiga tanah suci umat Islam juga letaknya di situ.
Akan tetapi semua kejahatan Israel ini hanya mempu dicapai dengan sokongan Barat.
Tanpa Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Britain, cita-cita Israel hanya tinggal kenangan. Lihat bagaimana Barat memberi sokongan kepada perjuangan Timur-Timor hingga wujudnya Timor Leste, bagaimana Barat menyokong negara-negara kecil ‘tan’ hingga akhirnya menjatuhkan Kesatuan Rusia (USSR).
Keadaan yang sama juga boleh wujud jika Barat menyokong kesultanan Sulu, Kesultanan Pattani, Negara Kaukasian dan lain-lain.
Akan tetapi Barat tidak bertindak menyokong kewujudan negara-negara tersebut termasuklah Palestin kerana tiada kepentingan kepada mereka.
Negara-negara Islam hanya mampu melihat dan berdiam diri. Paling-paling pun yang mampu dibuat adalah kenyataan mengutuk serangan-serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin.
Akan tetapi tiada satu tindakan bersifat konkrit yang boleh diambil. Acap kali saya mengutarakan bahawasanya sekarang ini negara-negara Islam perlu kepada ‘action oriented’ bukan lagi ‘rhetoric’ semata-mata.
Hubungan kebanyakan negara Islam dengan Israel adalah bersifat ‘kosmetik’ semata-mata, bukannya ‘organik’.
Hanya kelihatan cantik di depan dan nampak baik, akan tetapi dalam masa yang sama membiarkan penduduk Palestin di samping nasib mereka.
Memberi bantuan seperti ubat-ubatan dan pembinaan sekolah dan lain-lain tidak menyelesaikan masalah Palestin.
Mereka lebih memerlukan pengiktirafan dunia ke atas negara berdaulat mereka. Palestin perlu mempunyai askar mereka sendiri.
Palestin adalah satu-satunya negara di dunia yang tiada tentera untuk menjaga kedaulatan negara mereka.
Kewujudan Polis Palestin hanya sekadar di pinggiran, cukup untuk memberikan peluang pekerjaan tetapi tidak mempunyai autoriti selayaknya.
Akhir kalam, cukup ramai yang bercakap, menulis dan berbicara tentang konflik Israel-Palestin ini, akan tetapi apa yang saya mahu bawa pembaca memahami di sini adalah empat perkara utama:
1) Israel adalah satu-satunya negara penjajah secara fizikal yang masih wujud di dunia ini.
2) Palestin adalah satu satunya negara berdaulat yang tidak diiktiraf oleh Israel, Amerika Syarikat dan sekutunya.
3) Negara-negara Islam perlu melakukan reaksi berbentuk ‘tindakan’ di atas setiap kejahatan yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin bukannya retorik semata-mata.
4) Tuntutan Israel ke atas Jurusalem berdasarkan bukti sejarah tidak boleh diterima sebagaimana kes-kes duluan yang diputuskan oleh ICJ, The Hague, Belanda.
* Mohd Mizan Aslam (PhD) merupakan Pensyarah Kajian Keselamatan & Anti-Keganasan, Naif Arab University for Security Sciences Riyadh, Saudi Arabia.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Mohd Mizan Aslam
Mon May 10 2021
Israel tidak pernah surut menjarah tanah Palestin hingga hampir tiada lagi yang tinggal. - Foto REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.
JAKIM pantau peruntukan untuk mualaf, pastikan program berimpak
JAKIM sentiasa komited memantau peruntukan yang disalurkan kepada setiap negeri terutama melibatkan golongan sasar seperti mualaf.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Aktres Perancis Marine El Himer kongsi rasa teruja, dapat jejak kaki ke Tanah Suci
Marine berkongsi gambar dirinya mengenakan hijab sewaktu sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.