MALAYSIA
Israel serang Iran: Malaysia kecam serangan, gesa tekanan global - PM Anwar

Serangan Israel menyasarkan ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa rakan-rakan Israel, khususnya negara yang mempunyai pengaruh serta keupayaan diplomatik, agar menggunakan segala bentuk tekanan bagi menghentikan sebarang tindakan pencerobohan susulan serangan ketenteraan rejim itu terhadap Iran.
Ringkasan AI
- Malaysia menggesa negara berpengaruh untuk menggunakan tekanan diplomatik terhadap Israel, bagi menghentikan pencerobohan susulan serangan ketenteraan rejim itu ke atas Iran.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam keras serangan tersebut, menyifatkannya sebagai tindakan melulu yang boleh memburukkan ketegangan rantau serta mensabotaj rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran.
- Serangan Israel menyasarkan ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain, dengan imej dan rakaman menunjukkan kepulan asap tebal di beberapa lokasi, mencetuskan kebimbangan antarabangsa.
"Masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan sebarang tindakan yang mensabotaj usaha diplomasi dan mengancam keamanan global," kata Anwar.
[TERKINI] Israel serang Iran: Apa yang kita tahu setakat ini
Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa rejim Israel melancarkan serangan ke atas ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain di negara itu.
Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa rejim Israel melancarkan serangan ke atas ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain di negara itu.
Menurut Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA), serangan berkenaan berlaku awal pagi Jumaat, dan beberapa imej serta rakaman yang belum disahkan mula tular di media sosial, memaparkan langit Tehran dengan kepulan asap tebal kelihatan di beberapa lokasi.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami