Istana Negeri Sabah hari ini menyangkal dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaitkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyalah guna kuasa dan rasuah serta menerima imbuhan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Setiausaha Sulit Kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Abinan Asli berkata demikian bagi merujuk kenyataan Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar yang membuat laporan dakwaan salah laku terhadapa Juhar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam.
"Istana Negeri dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Zulkarnain Mahdar. Kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali serta mengandungi niat jahat," katanya pada sidang media di Istana Negeri Sabah, di sini, hari ini.
Abinan menjelaskan Yang Dipertua Negeri Sabah tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah seperti yang didakwa Zulkarnain, sebelum menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN Sabah.
Katanya, Istana Negeri juga tidak pernah menerima permintaan secara rasmi atau tidak rasmi daripada pihak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mengadakan perjumpaan dengan Juhar.
Abinan berkata Istana Negeri juga tidak pernah mengarahkan pihak polis untuk menyekat Musa dan rombongan memasuki kawasan istana pada 30 Julai lalu sebaliknya sekatan itu telah dibuat polis bagi mengelak perkara yang tidak diingini.
Pada 30 Julai lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri.
Pembubaran DUN Sabah itu rentetan kemelut politik yang menyaksikan Musa mengetuai beberapa Ahli DUN Sabah untuk menghadap Juhar selepas mendakwa memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu.
Abinan berkata Juhar tidak memperkenan rombongan Musa untuk bertemu dengannya pada 30 Julai selepas mengambil kira suasana tegang ketika itu dan DUN Sabah telah dibubarkan pada pagi hari yang sama.
"Tuan Yang Terutama (Tun Juhar) amat kesal dengan laporan tidak benar yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengaitkan Tuan Yang Terutama," katanya.
Beliau berkata Juhar juga mengingatkan rakyat supaya bertenang dan tidak mudah mempercayai berita palsu di internet atau media sosial serta berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mewujudkan ketegangan dan menggugat keharmonian rakyat.
"Tuan Yang Terutama menyeru rakyat Sabah supaya terus bersatu hati dan mengekalkan keharmonian negeri Sabah yang hidup aman damai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 06 2020
Yang Dipertua Negeri Sabah tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah seperti yang didakwa, sebelum menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN Sabah. - Gambar fail/sayangsabah.com
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini
Penubuhan pusat data baharu dan perkhidmatan awan dapat menyokong dan memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan.
Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.
Kerajaan ambil pendekatan pragmatik bangun perancangan ekonomi - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan komited pastikan masyarakat India terbela melalui pelbagai inisiatif
Kerajaan komited dalam memastikan masyarakat India di Malaysia terus dibela menerusi pelaksanaan pelbagai program pembangunan keusahawanan dan kerjaya.
Penyasaran subsidi RON 95: Pakar ekonomi cadang kerajaan tidak ganggu harga pasaran
Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata pada masa sama kerajaan disaran terus memberi bantuan sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.
Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.