awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Lee, Anwar bincang perjanjian perdagangan bebas, perluas kerjasama Malaysia-Korea Selatan
MALAYSIA
Pesawat TUDM tergelincir, landasan utama KIA ditutup sementara
MALAYSIA
Pendapatan CAAM meningkat, kenaikan caj navigasi udara bawa manfaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Isteri Abang Johari meninggal dunia

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
22/06/2025
22:35 MYT
Isteri Abang Johari meninggal dunia
Juma'ani meninggal dunia pada jam 3.34 pagi di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching pagi ini. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang meninggal dunia awal pagi ini.
Menurut Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.34 pagi di Pusat Rawatan Pakar Normah di sini.
“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tuanku Haji Bujang telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.34 pagi, 23 Jun 2025 bersamaan 26 Zulhijjah 1446H.
"Seluruh warga pentadbiran negeri menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian beliau,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial hari ini.
Juma'ani, 76 tahun, merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kedua, Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman, berkahwin dengan Abang Johari pada 26 Feb 1977.
Mereka dikurniakan dua anak, Datuk Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan.
Upacara penghormatan terakhir untuk jenazah akan berlangsung mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari ini di Masjid Jamek, Petra Jaya, di sini, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.
“Allahyarham dikenali sebagai seorang isteri dan tokoh wanita yang berwibawa, rendah hati serta sentiasa memberi sokongan kepada Premier dalam urusan negeri dan masyarakat.
"Kehilangan ini amat dirasai,” tambah Fazzruddin.
Ucapan takziah dan doa turut mengalir daripada pelbagai pihak, termasuk pemimpin negeri dan Persekutuan yang menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negeri Sarawak.
Semoga roh arwah Juma'ani dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Topic Berkaitan
#isteri Premier Sarawak
#isteri Abang Johari
#meninggal dunia
#Juma'ani Tuanku Bujang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami