Seorang suri rumah hari ini merayu orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhubung suaminya, K. Gobala Guru, pemilik sebuah kelab malam yang hilang sejak 23 hari lalu kerana dipercayai diculik.

V. Satiavani, 46, berharap kepada sesiapa yang pernah melihat suaminya agar tampil membantu pihak berkuasa dengan melaporkan perkara itu di balai polis berdekatan.

"Sehingga kini saya tidak mengetahui di mana suami saya berada. Saya sentiasa berharap dapat menemuinya semula," katanya.

Satiavani berkata sehingga kini beliau tidak menerima sebarang panggilan ugutan atau tuntutan tebusan wang daripada mana-mana pihak.

Dalam kejadian 2 Feb lepas, Gobala Guru dipercayai diculik empat lelaki yang menyamar sebagai polis manakala kereta BMW 5 Siri miliknya ditemui terbakar di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam, Gombak.

Siasatan awal pihak polis mendapati empat lelaki berusia antara 30-an dan 40-an 'menahan' mangsa di lobi sebuah hotel di Petaling Jaya, pada 7.20 malam, dan dibawa ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra berwarna silver