awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri maut, suami cedera parah motosikal langgar babi

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2021
06:08 MYT
Isteri maut, suami cedera parah motosikal langgar babi
Seorang wanita maut selepas dipercayai melanggar seekor babi di Kilometer 2 Jalan Air Mawang-Renggoh di Kuala Pilah pada pagi Isnin. - Foto Sinar Harian
KUALA PILAH: Seorang wanita maut selepas motosikal yang diboncengnya bersama suami terbabas dipercayai selepas terlanggar seekor babi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terbabas di Kilometer 2 Jalan Air Mawang-Renggoh di sini, pada pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam kejadian pada jam 8.15 pagi itu, Norlela Mohamed Sharif, 35, membonceng motosikal jenis Suzuki Smash yang ditunggang oleh suaminya, Karim Amrullah Ab Maid, 40.
"Wanita tersebut maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala suaminya yang juga mengalami cedera parah di kepala telah dibawa ke Hospital Tampin.
"Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri tersebut dari rumah mereka di Kampung Melekai, Johol menuju ke tempat kerja di kedai makan di Kampung Air Mawang.
"Sebaik sahaja sampai di tempat kejadian, motosikal mereka telah melanggar seekor binatang dipercayai babi yang sedang melintas menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di atas jalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Pilah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Isteri maut, suami cedera parah motosikal langgar babi
Topic Berkaitan
#motosikal terbabas
#isteri maut
#Kuala Pilah
#suami parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan