awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Sharnaaz Ahmad sahkan fail perceraian

Astro Awani
Astro Awani
31/08/2019
07:36 MYT
Isteri Sharnaaz Ahmad sahkan fail perceraian
Sharnaaz Ahmad bersama Noor Nabila dan anak tunggal mereka, Jebat Jayden. - Gambar Instagram SHARNAAZ AHMAD
"SAYA sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya."
Itu pengakuan kakak pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor, 35, kepada portal BH Online berhubung spekulasi rumah tangganya dengan aktor Sharnaaz Ahmad berantakan.
Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.
“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.
“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya.
Dalam temu bual dengan Berita Harian, Nabila juga menegaskan, apa yang penting ialah masa depan anak tunggal mereka, Jebat Jayden, yang baru berusia setahun.
“Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” ujar Nabila lagi.
Beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan Sharnaaz dan Nabila menjadi perhatian apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Nabila juga dilaporkan memuat naik sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story miliknya.
Sharnaaz, 34, dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. BACA: 'Kakak dah lalui pelbagai dugaan' - Neelofa ulas dakwaan Noor Nabila fail perceraian
Topic Berkaitan
#fail perceraian
#Neelofa
#Noor Nabila Mohd Noor
#Sharnaaz Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan