Skip to main content

Malaysia

Istiadat angkat sumpah Exco Negeri Sembilan jam 10.45 pagi Jumaat

Terdahulu, pihak istana pada petang Khamis mengedarkan jemputan kepada media bagi membuat liputan istiadat berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Terdahulu, pihak istana pada petang Khamis mengedarkan jemputan kepada media bagi membuat liputan istiadat berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan akan berlangsung pada jam 10.45 pagi Jumaat di Istana Besar Seri Menanti.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan istiadat berkenaan akan diadakan dengan limpah perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Adalah dimaklumkan bahawa, dengan limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan diadakan pada hari Jumaat, 27 November 2026, jam 10.45 pagi bertempat di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai pelantikan berkenaan dinyatakan dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, pihak istana pada petang Khamis mengedarkan jemputan kepada media bagi membuat liputan istiadat berkenaan.

Advertisement

Jemputan itu dihantar selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara berasingan menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban, pada Khamis.

Ahmad Zahid turut diiringi Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Must Watch Video

Advertisement