awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Hadi, Tun Mahathir dihantar ke AGC - KPN

Fareez Azman
Fareez Azman
07/09/2023
05:22 MYT
Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Hadi, Tun Mahathir dihantar ke AGC - KPN
Razarudin ditemui media selepas melancarkan penutupan Program 4th National Forensic Science Symposium For Law Enforcement 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras pada Khamis. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R).
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kedua-dua kertas siasatan itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.
"Siasatan ke atas Tun Dr Mahathir telah kita edarkan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 5 September manakala siasatan ke atas Tan Sri Abdul Hadi Awang kita edarkan pada hari ini pagi tadi," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan penutupan Program 4th National Forensic Science Symposium For Law Enforcement 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras pada Khamis.
Sebelum ini, kertas siasatan terhadap Abdul Hadi dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Ia berikutan kenyataan Presiden Pas itu yang didakwa mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang jeram di Markas Pas di Bakri, Muar, Johor pada Ogos.
Manakala kertas siasatan terhadap Tun Dr Mahathir pula difahamkan berhubung kenyataan didakwa berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja pada Jun lalu.
Sementara itu mengulas mengenai bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas Razarudin, dia akan dipanggil pada 12 September depan untuk memberi keterangan.
"(Keterangan) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diambil pada 12 September depan, sepatutnya 11 haribulan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#siasatan polis
#Abdul Hadi Awang
#Tun Mahathir
#Ketua Polis Negara
#3R
#Razarudin Husain
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan