MALAYSIA
Isu air hitam di Politeknik Kota Bharu, JPPKK sediakan lori tangki

Tular di laman sosial sebuah video menunjukkan air berwarna kehitaman berlaku di sebuah politeknik.
SHAH ALAM: Lori tangki air telah dihantar ke Politeknik Kota Bharu (PKB) untuk menambah bekalan air sedia ada bagi mengurangkan impak kepada warga kampus.
Ringkasan AI
- Gangguan bekalan air di Politeknik Kota Bharu berpunca daripada tekanan rendah saluran paip AKSB susulan kerja menaik taraf sistem paip di Kok Lanas dan Ketereh, menjejaskan beberapa blok kampus.
- Lori tangki air dihantar sebagai langkah segera, manakala pemulihan bekalan air dilakukan secara berperingkat melalui pengisian semula tangki simpanan berpusat.
- Sebagai penyelesaian jangka panjang, JPPKK akan menaik taraf sistem bekalan air PKB melalui peruntukan RMK12 RP5 Tahun 2025 bagi menjamin kesejahteraan warga kampus.
Sebelum ini, tular di laman sosial sebuah video menunjukkan air berwarna kehitaman berlaku di sebuah politeknik.
Menerusi video tersebut, keadaan berkenaan didakwa telah berlaku sejak 10 hari lalu.
Tambah JPPKK, jabatan telah mengambil tindakan pantas dengan melaporkan perkara itu kepada AKSB pada 5 Ogos 2025 dan pasukan teknikal mereka telah tiba di lokasi untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
“Namun, pemulihan bekalan air ke semua blok di PKB hanya akan disalurkan secara berperingkat berikutan pengisian semula tangki simpanan berpusat,” katanya.
Jelasnya lagi, sebagai penyelesaian jangka panjang, JPPKK akan melaksanakan projek menaik taraf sistem bekalan air di PKB menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) RP5 Tahun 2025.
Ujarnya, JPPKK komited untuk terus memastikan kesejahteraan dan keselesaan seluruh warga kampus menjadi keutamaan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami