awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Air Selangor: Wujudkan undang-undang beri hak keadilan kepada pengguna - PPIM

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
20/10/2020
14:23 MYT
Isu Air Selangor: Wujudkan undang-undang beri hak keadilan kepada pengguna - PPIM
Nadzim meminta agar suatu kontrak tertentu antara pengguna dengan syarikat pembekal perlu diwujudkan bagi memastikan keadilan semua pihak. - Gambar Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Satu undang-undang baharu perlu digubal pihak berwajib bagi memastikan isu gangguan air di Selangor dapat diselesaikan secara menyeluruh.
Perkara itu disuarakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan sambil menyifatkan langkah itu bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Sehubungan itu, beliau meminta agar suatu kontrak tertentu antara pengguna dengan syarikat pembekal perlu diwujudkan bagi memastikan keadilan semua pihak.
"Dengan cara ini, tindakan penguatkuasaan tidak hanya diberikan kepada pihak tertentu sahaja, sebaliknya syarikat pembekal yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
"Jika ini terus belaku, pengguna akan terus jadi mangsa sedangkan kos penggunaan air dibayar oleh pengguna.
" Sebagai contoh, jika sesebuah kontraktor itu melakukan sesuatu projek dan ketika pelaksanaannya, projek ditimpa bencana seperti banjir, namun kontraktor itu masih lagi terikat dengan kontraknya. Jadi kalau masalah air, apa kontrak antara pengguna dengan pembekal?" katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Air Selangor belum pertimbang beri pampasan kepada pengguna
Dalam pada itu, Nadzim berkata, kaedah insuran juga dilihat wajar diberikan kepada semua pengguna air bagi memastikan kebajikan mereka terbela jika berlaku krisis air dalam tempoh masa lama.
"Dengan cara ini, ia memberi kelegaan kepada pengguna ketika berdepan dengan masalah air.
"Insuran itu boleh diketengahkan dalam bentuk bayaran ataupun mengecualikan bil dalam tempoh sehingga enam bulan," katanya.
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas serta-merta berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada Isnin lalu.
Topic Berkaitan
#undang-undang
#loji rawatan air
#PPIM
#pengguna
#Isu air Selangor
#tindakan penguatkuasaan
#syarikat pembekal air
#Persatuan Pengguna Islam Malaysia
#gangguan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan