awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Konflik Iran-Israel: Gambaran 'new Middle East' jadi permulaan perang - IRIS Institute
DUNIA
Nahas Air India: Pelajar terselamat setelah terlepas pesawat akibat kesesakan jalan raya
DUNIA
Kemboja, Thailand mulakan rundingan isu sempadan susulan ketegangan terkini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Isu arak 'Timah': Malaysia negara berbilang bangsa, agama, semua pihak perlu sensitif - Salahuddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/11/2021
11:13 MYT
Isu arak 'Timah': Malaysia negara berbilang bangsa, agama, semua pihak perlu sensitif - Salahuddin
Ahli Parlimen Pulai itu berkata, sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, setiap individu perlu lebih sensitif jika perkara itu mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kontroversi melibatkan isu wiski jenama 'Timah' keluaran tempatan perlu diselesaikan secara 'mutual respect' atau saling menghormati, kata Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Ahli Parlimen Pulai itu berkata, sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, setiap individu perlu lebih sensitif jika perkara itu mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
"Saya bagi contoh, saya ada hak untuk menyembelih lembu sebagai orang Islam pada Hari Raya Korban. Hak saya sebagai orang Islam dan agama saya mengizinkan.
"Saya ada seorang jiran namanya Krisnan... jiran saya yang baik sejak puluhan tahun. Walaupun, saya boleh menyembelih lembu, adakah patut saya menyembelih lembu di halaman rumah saya? Saya buat khemah besar-besar, saya sembelih lembu depan rumah saya, yang jiran saya adalah (beragama) Hindu. Saya rasa, saya tidak selayaknya melakukan perkara itu kerana saya tidak hormat kepada jiran saya yang beragama Hindu.
"Demikian juga hal Timah ini, kita boleh bahas... ini tinlah, ini timahlah, ini bijihlah. Tetapi, kita hidup dalam sebuah negara yang masyarakatnya ada orang Melayu-Islam, itu saja. Jadi, (kita kena) peka.
"Contohnya, menamakan lembu saya dengan nama seorang (beragama) Hindu, itu namanya tidak hormat," katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian menjawab celahan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS-Kapit) yang meminta agar satu political will dicapai berhubung isu jenama 'Timah' agar ia tidak menimbulkan keresahan di Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, Alexander yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dilapor berkata, kelulusan sebarang jenama produk di negara ini akan mengambil kira sensitiviti semua kaum termasuk masyarakat bukan Islam.
Syarikat pengeluar arak jenama 'Timah', Winepark Corporation (M) Sdn Bhd sebelum ini sudah membuat permohonan tempoh selama seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.
Topic Berkaitan
#arak jenama Timah
#Datuk Seri Salahuddin Ayub
#bajet 2022
#Hindu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami