awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Azam Baki: Lalitha dipanggil ke Bukit Aman

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2022
06:42 MYT
Isu Azam Baki: Lalitha dipanggil ke Bukit Aman
Lalitha Kunaratnam mengesahkan kepada Sinar Harian beliau dipanggil ke Bukit Aman pada Khamis ini untuk disoal siasat mengenai dua artikelnya berkaitan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki. - Gambar SINAR HARIAN
SHAH ALAM: Polis telah memanggil bekas penyelidik di Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam ke Bukit Aman untuk disoal siasat mengenai dua artikelnya berkaitan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Lalitha berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui panggilan telefon oleh pihak polis pada pagi Isnin.
“Ya betul (dipanggil ke Bukit Aman). Khamis ini pada jam 2.30 petang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Dua artikel laporan Lalitha bertajuk ‘Business ties among MACC leadership: How deep does it go?’ telah diterbitkan di sebuah portal berita pada 26 Oktober 2021.
Pada 12 Januari lalu, Azam telah memfailkan saman fitnah RM10 juta di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur terhadap Lalitha berhubung artikel berkenaan.
Lalitha sebelum ini mendakwa Azam mempunyai konflik kepentingan dalam pemilikan saham mencecah nilai jutaan ringgit di beberapa syarikat.
Bagaimanapun, Azam dalam satu sidang akhbar khas memaklumkan saham itu merupakan milik adiknya yang dibeli menggunakan akaunnya pada 2015.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#pemilikan saham
#Lalitha Kunaratnam
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan