KUALA LUMPUR: Bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam dilaporkan telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis.
Lalitha hadir bersama peguamnya, Manjit Singh Dhillon bertemu dengan pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Khamis jam 2.25 petang.
Siasatan itu dipercayai berkaitan penulisan artikel berkaitan dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
"Hari ini saya dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
"Laporan polis dibuat oleh pegawai SPRM pada 7 Januari lalu dan saya menerima surat tuntutan (LOD) pada 6 Januari lalu," katanya seperti dilapor BH Online.
BACA SEMUA BERHUBUNG AZAM BAKI DI SINI
Lalitha berkata, beliau diajukan 83 soalan dengan 15 muka surat keterangan dalam sesi yang mengambil masa kira-kira tiga jam setengah itu.
"Saya memberi kerjasama yang baik dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan pegawai polis yang mengendalikan kes ini. Mereka amat profesional," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, Lalitha dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung dua artikelnya yang bertajuk, Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?.
Tuntutan saman fitnah RM10 juta terhadap Lalitha difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh peguam Azam pada 12 Januari lalu.
Tuntutan saman fitnah itu dibuat berikutan penerbitan sebuah artikel di sebuah portal agensi berita, masing-masing pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lalu.
Menurut Peguam cara, Megat Abdul Munir, keputusan mengemukakan saman fitnah dibuat selepas bekas penyelidik C4 itu gagal memberi sebarang maklum balas terhadap LOD bertarikh 6 Januari lalu.
Azam sebelum ini memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan saman terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya dan SPRM, selain bagi memastikan dakwaan tidak berasas itu tidak berulang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sebelum ini didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai ketika menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.
Astro Awani
Thu Feb 03 2022
Siasatan itu dipercayai berkaitan penulisan artikel berkaitan dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. - Gambar hiasan
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Isu Azam Baki: Lalitha hadir beri keterangan di Bukit Aman
Lalitha hadir bersama peguamnya, Manjit Singh Dhillon bertemu dengan pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Khamis jam 2.25 petang.
Isu Azam Baki: Lalitha dipanggil ke Bukit Aman
Bekas penyelidik di C4, Lalitha Kunaratnam dipanggil ke Bukit Aman pada Khamis ini untuk disoal siasat.
Lalitha tidak penuhi kriteria sebagai 'whistleblower' - Pakar kriminologi
Lalitha sebelum ini menerbitkan beberapa artikel blog yang mendakwa mendedahkan maklumat mengenai pemilikan saham Tan Sri Azam Baki.
Azam Baki fail saman fitnah RM10 juta terhadap Lalitha
Tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Isu pemilikan saham: Lalitha sahkan bertemu peguam
Menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat, Lalitha berkata, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan peguamnya itu.