PUTRAJAYA : Kerajaan telah memanggil Duta Besar Sweden untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan biadab
pemimpin parti politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan yang bertindak membakar al-Quran di negara itu.
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah Malaysia akan mengambil pendekatan yang dianggap paling memberikan faedah kepada Islam iaitu dengan mengedarkan lebih sejuta naskah al-Quran ke seluruh dunia.
“Insya-Allah (akan dilakukan) dalam masa yang singkat mengikut peringkat... untuk mencetak dan mengedar satu juta Quran ke seluruh dunia.
“Disusuli dengan beberapa program ke arah penghayatan dan pemahaman Quran dengan mesej dan risalah yang jelas," katanya ketika ditemui selepas hadir pada program Quranic Arts Festival di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.
Jelasnya lagi, bagi tujuan itu Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara-negara Islam yang lain untuk menyelaraskan hasrat tersebut dengan lebih berkesan.
Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan siri demonstrasi termasuk di hadapan kedutaan Sweden Sweden di bangunan Hampshire Place di Kuala Lumpur sebagai membalas tindakan biadab ahli politik negara tersebut.
Minggu lalu, Paludan yang merupakan pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Stram Kurs, bertindak membakar al-Quran menggunakan pemetik api ketika menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Malah di Malaysia, lebih 500 individu berhimpun dari Masjid As-Syakirin KLCC semalam dan berarak ke kedutaan Sweden kira-kira jam 2.30 petang dengan diiringi petugas AMAL PAS sambil melaungkan takbir.
Perhimpunan turut disertai beberapa pemimpin Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain.
Selasa lalu Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia (MSM), Datuk Razali Idris turut mengajak rakyat terutama umat Islam memboikot barangan buatan Sweden sebagai tindak balas terhadap tindakan biadab Paludan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Jan 28 2023

Selain mengkritik tindakan Rasmus Paludan, Malaysia akan turut mengerdar sejuta naskah Al-Quran ke seluruh dunia. - Gambar fail

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.

AWANI Ringkas: KKM arah orang ramai henti ambil ubat batuk, selesema ada Pholcodine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal kargo Malaysia hilang sejak Januari
Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan pihak Jabatan Laut memantau secara serius dan memastikan misi SAR diteruskan bersama-sama pihak berkuasa Indonesia.

Lima lelaki direman bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM2.5 juta
Tuntutan berkenaan membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor, pada 2020.

Murid maut digilis treler: Polis sahkan terima laporan pemandu dipukul orang awam
Pemandu berusia 36 tahun itu cedera di pipi kanan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebagai pesakit luar.

Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia itu telah disampaikan kepada OIC yang bersedia membantu dari segi perhubungan Malaysia dengan Kerajaan Afghanistan.

Nilai kesederhanaan, kemanusiaan dalam Ramadan perlu disebar luas
Mesej bulan Ramadan yang mengangkat nilai kesederhanaan dan kemanusiaan merentasi sempadan agama, kelompok dan golongan kurang berkemampuan perlu disebarkan secara meluas.

Muafakat Kerajaan Perpaduan wajar dicontohi negara - Senator
Konsep perpaduan dan muafakat politik yang dipamerkan kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dijadikan contoh dalam pentadbiran setiap kerajaan negeri.

Islamofobia: Harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengambil langkah tegas dalam menangani isu Islamofobia.

Presiden Singapura menghadap Sultan Nazrin
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor Universiti Malaya (UM).

PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.

Pelajar Malaysia jadi mutawif bimbing delegasi PM Anwar tunai umrah
Seorang pelajar Malaysia teruja apabila dipilih sebagai mutawif bagi membimbing Anwar dan delegasinya yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi, melaksanakan umrah hari ini.

Kenyataan Mahathir menjawab 'serangan' beliau terhadap Anwar - Nazri
Mengimbau peristiwa Ops Lalang, Mohamed Nazri memberitahu ketika itu beberapa exco Pemuda UMNO juga ditahan dalam operasi tersebut.

Hayati sambutan Hari Air Sedunia dalam usaha pastikan sumber air dijaga - PM Anwar
Hari Air Sedunia hari ini mesti dihayati dan diinsafi dalam usaha memastikan sumber air dijaga serta dimanfaatkan sebaik mungkin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbetul naratif, kefahaman pakej rangsangan ekonomi tidak berhemah - Mohd Syahir
Malah pihak pembangkang ketika itu turut menggesa kerajaan untuk menambah suntikan dana yang disediakan dalam pakej ransangan ekonomi.