awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu bantahan pertukaran nama Hospital Parit Buntar dibawa ke mesyuarat exco

Bernama
Bernama
29/02/2024
09:06 MYT
Isu bantahan pertukaran nama Hospital Parit Buntar dibawa ke mesyuarat exco
A. Sivanesan berkata nama hospital itu perlu dikekalkan kerana berada di dalam mukim Parit Buntar. - Bernama
IPOH: Isu bantahan pertukaran nama Hospital Parit Buntar kepada Hospital Bagan Serai akan dibawa ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada minggu hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A. Sivanesan berkata nama hospital itu perlu dikekalkan kerana berada di dalam mukim Parit Buntar.
"Kita minta Kementerian Kesihatan mengkaji semula keputusan penukaran nama yang dicadangkan bekas Timbalan Menteri Kesihatan itu dan kekalkan nama asal hospital.
"Kerajaan harus mempertimbangkan permintaan itu. Jarak hospital dengan bandar Parit Buntar lebih dekat iaitu hanya 5 kilometer (km) berbanding bandar Bagan Serai sejauh 15 km.
"Benar ia berada dalam (kawasan) Parlimen Bagan Serai tetapi terletak di antara persempadanan Parlimen Parit Buntar," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sivanesan berkata beliau telah menghantar surat bantahan bertarikh 23 Februari lepas dan akan bertindak menyembah isu berkenaan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sekiranya perlu bagi membantah pertukaran nama hospital yang dicadangkan oleh bekas Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali yang juga bekas Timbalan Menteri Kesihatan.
Katanya pembinaan hospital dengan enam blok tiga tingkat berkeluasan lebih 6 hektar itu dijangka siap pada 21 Julai ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk bagi kedua-dua kawasan Parlimen dan negeri bersebelahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Parit Buntar
#tukar nama
#Bantahan
#Bagan Serai
#Exco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan