awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu bantuan kewangan: Kelantan persoal kenyataan Guan Eng

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/09/2018
09:14 MYT
Isu bantuan kewangan: Kelantan persoal kenyataan Guan Eng
MOHD AMAR:Menteri Kewangan ini ada niat tak baik bila highlight Kelantan sahaja.
Kerajaan negeri Kelantan mempersoalkan motif kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang hanya menyebut Kelantan penerima terbesar bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan.
Sedangkan menurut Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, negeri lain yang lebih maju dari Kelantan turut mendapat pembiayaan dan pinjaman.
Bagaimanapun beliau mengakui kerajaan negeri Kelantan memerlukan sokongan dan bantuan dari kerajaan pusat sepertimana negeri-negeri lain di Semenanjung.
“Jadi kalau nak tuju Kelantan sahaja tak betul lah. Kalau tengok rekod kewangan negara, negeri macam Perlis, Kedah sendiri memang amat memerlukan bantuan pusat.
“Menteri Kewangan ini ada niat tak baik bila highlight Kelantan sahaja. Kalau tak nak bagi Kelantan, kena bagi royaltilah kerana antara punca hasil besar kita ialah royalti.
“Kita patut dapat RM700 juta setahun kalau dibayar. Banyak masalah dapat selesai,” ujar Mohd Amar.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Guan Eng yang menyatakan kerajaan negeri Kelantan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM913 juta.
Beliau berkata sejak 2013 hingga 2017, Kelantan menerima sebanyak RM363 juta bantuan kewangan defisit, yang merupakan pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.
Menurut Mohd Amar lagi, hasil negeri terbatas dan terhad hanya bergantung kepada sumber pertanian, hutan dan galian.
Katanya kerajaan negeri juga turut meminta supaya kerajaan pusat mempercepatkan proses tuntutan bayaran royalti hasil petroleum kepada Kelantan bagi membantu kewangan negeri.
Selain itu, katanya, pemberian bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan itu dikira sebagai pinjaman yang perlu dibayar balik oleh negeri atau melalui potongan peruntukan.
Tindakan Guan Eng yang menyebut Kelantan sebagai negeri tertinggi mendapat bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan disifatkan mempunyai agenda tertentu.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#kerajaan negeri
#kerajaan Persekutuan
#Lim Guan Eng
#Mohd Amar Nik Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan