awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu bekalan ayam: Kerajaan henti eksport ayam, wujudkan stok penimbal - Ismail Sabri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/05/2022
09:47 MYT
Isu bekalan ayam: Kerajaan henti eksport ayam, wujudkan stok penimbal - Ismail Sabri
Keputusan itu merupakan antara beberapa langkah jangka pendek yang dicapai mesyuarat Kabinet hari ini, terhadap isu bekalan dan harga ayam. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kerajaan akan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan, bermula 1 Jun ini, sehingga harga dan pengeluaran ayam untuk kegunaan domestik kembali stabil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu merupakan antara beberapa langkah jangka pendek yang dicapai mesyuarat Kabinet hari ini, terhadap isu bekalan dan harga ayam.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mewujudkan stok penimbal ayam, dan mengoptimum fasiliti penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Turut digariskan ialah pemansuhan approved permit (AP) ayam termasuk ayam bulat dan keratan ayam; mempermudahkan proses tuntutan subsidi oleh pengeluar ayam; serta menambah dan mengiktiraf loji sembelihan ayam di luar negara.
Terdahulu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan mengambil berat dan memandang serius terhadap isu peningkatan harga dan bekalan ayam semasa yang menghimpit seluruh Keluarga Malaysia.
Bagaimanapun, beliau berkata, Kerajaan kesal dan kecewa terhadap tindakan beberapa buah syarikat yang menghentikan bekalan ayam sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan harga dan kekurangan bekalan di pasaran.
“Ketika ini, Kerajaan telah menetapkan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.
“Bagaimanapun, pihak Kerajaan mendapati beberapa syarikat besar yang tidak berminat untuk memohon subsidi dan mahukan Kerajaan membiarkan harga ayam ditentukan sendiri oleh pasaran,” kata Perdana Menteri.
Setakat ini, beliau berkata, hanya RM50 juta subsidi telah dibayar kepada penternak yang kebanyakannya adalah syarikat kecil.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Kerajaan sedar terdapat laporan bahawa wujud kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat besar.
Tambahnya lagi, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menyiasat perkara ini dan siasatan dijangka selesai pada bulan Jun ini.
“Jika didapati wujud kesepakatan kartel tersebut, Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Pada masa yang sama, Kerajaan akan mengurangkan peranan orang tengah yang selama ini memanipulasi bekalan dan harga.
“Kerajaan akan memperkenalkan semula jihad memerangi orang tengah yang telah saya perkenalkan pada tahun 2014. Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diberikan peranan untuk mengetuai Jihad Memerangi Orang Tengah ini,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kabinet
#Harga Ayam
#bekalan ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan