awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu boikot: Ismail Sabri sedia beri kerjasama kepada polis

Bernama
Bernama
03/02/2015
10:41 MYT
Isu boikot: Ismail Sabri sedia beri kerjasama kepada polis
Ismail Sabri sebelum ini telahpun menjelaskan bahawa kenyataanya itu bukan ditujukan kepada peniaga kaum Cina tetapi semua pemborong dan peniaga yang tidak mahu menurukan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan. - Gambar Fail
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis berhubung isu kenyataannya berkaitan boikot peniaga yang menjadi viral di laman sosial.
Ismail Sabri sebelum ini telahpun menjelaskan bahawa kenyataannya itu bukan ditujukan kepada peniaga kaum Cina tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan.
"Polis menjalankan tanggungjawab, saya sedia beri kerjasama, tiada masalah.
"Setakat ini polis belum hubungi saya, dan apabila tiba tarikh sesuai di pihak saya, saya akan beri 'statement' nanti," katanya kepada pemberita pada sidang media oleh bekas pemimpin dan pemimpin Pemuda Umno Malaysia bagi menyatakan solidariti dan sokongan kepada Ismail Sabri di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan dalam akaun twitternya bahawa polis akan memanggil Ismail Sabri untuk mengambil keterangan berhubung isu tersebut.
@PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian utk kita rakam percakapan nya dlm Isu ini. PDRM akan memastikan keharmoniam kaum dihormati
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 2, 2015
Boycott issue, @PDRMsia ask all parties to immediately excercise restraints in making pub statements. It hurts our racial harmony.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 2, 2015
Dalam kenyataannya semalam, Ismail Sabri berkata pengguna perlu bersatu untuk memberi tekanan kepada peniaga dalam memastikan harga barangan diturunkan ekoran penurunan harga minyak.
Kenyataannya semalam itu meminta rakyat memboikot pemborong dan peniaga yang masih enggan menurunkan harga barang yang dilihat bukan sahaja memberi faedah kepada kaum Melayu tetapi juga pengguna berbangsa Cina.
Sementara itu, kira-kira 200 bekas pemimpin dan pemimpin Pemuda Umno hadir pada sidang media itu bagi menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri.
Wakilnya, Datuk Zulkifli Alwi yang merupakan bekas Setiausaha Kerja Pemuda Umno berkata beliau percaya menteri itu tidak berniat mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan kenyataannya hanya dipolemikkan pihak tertentu.
"Ismail yang kami kenali ialah pemimpin yang mempertahankan rakyat kebanyakan dan marhaen yang tertindas," katanya.
Topic Berkaitan
#harga minyak
#ismail sabri yaakob
#Khalid Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan