awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu boikot: Jabatan Mufti Perak akan beri penjelasan teks khutbah Jumaat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/05/2024
10:45 MYT
Isu boikot: Jabatan Mufti Perak akan beri penjelasan teks khutbah Jumaat
Saarani Mohamad berkata, penjelasan itu penting bagi memurnikan situasi di samping memberi pemahaman kepada orang ramai. - Gambar fail
IPOH: Jabatan Mufti Perak akan memberi penjelasan mengenai latar belakang dan juga maksud sebenar kandungan teks khutbah Jumaat, semalam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penjelasan itu penting bagi memurnikan situasi di samping memberi pemahaman kepada orang ramai.
Beliau mengesahkan teks khutbah itu disediakan oleh Jabatan Mufti dan telah ditandatangani oleh Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan menunggu penjelasan yang akan dibuat itu.
“Nasihat saya pada orang ramai tak perlulah kita mengamuk, mengamuk tak selesai masalah, tak perlu kita menghasut, menghasut pun tak selesai masalah, jadi kita bertenang,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2.0 Wilayah dan Jelajah Hari Usahawan, Agro, Koperasi Negeri Perak 2023”4 di Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas banyak reaksi negatif mengenai kandungan teks khutbah Jumaat, semalam yang menasihatkan umat Islam supaya memberhentikan tindakan boikot terhadap premis dan jenama tertentu.
Teks khutbah itu antara lain menyebut, langkah memboikot mengikut emosi terhadap premis jualan dan jenama tertentu boleh memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
Menurut teks itu lagi, ini kerana syarikat-syarikat yang terlibat merupakan antara pembayar zakat dan cukai di Malaysia.
Saarani berkata, Mufti Perak telah memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika mesyuarat Majlis Perundingan Masjid hari ini, yang dipengerusikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Menurutnya, mesyuarat majlis itu turut memutuskan bahawa Jabatan Mufti Perak akan memberi penjelasan lanjut mengenainya.
“Mufti akan memberi penjelasan sebab tempoh 20 minit untuk teks itu tak dapat, untuk menyampaikan tujuan dan maksud teks itu,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#teks khutbah Jumaat
#Perak
#isu boikot
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan