KUCHING: Pembelian tiket penerbangan secara pukal oleh ejen pelancongan tempatan dan menjualnya lebih mahal tidak berlaku di Sarawak, menurut Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak.
Pengerusinya, Oscar Choo, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.
"Itu tidak berlaku di Sarawak. Jika kita lihat dari laporan media juga, ia adalah satu isu di peringkat nasional," katanya pada satu sidang media mengenai Pameran Kembara MATTA Sarawak Ke-17 2023, di sini, semalam.
Pameran kembara terbesar Sarawak itu akan melibatkan lebih 55 gerai dan akan diadakan serentak di Boulevard Shopping Mall di Kuching serta Permaisuri Imperial City Mall di Miri, pada 4 dan 5 Mac ini.
Oscar berkata MATTA Sarawak, yang mempunyai seramai 157 ahli, juga bersedia bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menangani isu borong tiket tersebut.
"Sebab itu kami sentiasa menggalakkan orang ramai untuk mengembara dengan ejen pelancongan yang berlesen agar perkara itu dapat ditangani dengan lebih baik," katanya.
Pada 1 Feb lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata kementeriannya akan mengambil tindakan tegas termasuk pembatalan lesen lesen agensi pelancongan sekiranya didapati terbabit dalam pembelian tiket penerbangan secara pukal.
Media tempatan sebelum ini melaporkan terdapat beberapa syarikat umrah tempatan yang 'memborong' tiket penerbangan ke Tanah Suci dan didakwa turut menjualnya kepada agensi umrah di Indonesia pada harga sehingga RM6,000 bagi mengaut keuntungan besar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

MOTAC akan mengambil tindakan tegas termasuk pembatalan lesen lesen agensi pelancongan sekiranya didapati terbabit dalam pembelian tiket penerbangan secara pukal. - Gambar hiasan

Remaja lelaki 15 tahun ditahan berhubung kes bunuh wanita warga emas di Chiba
Pelajar sekolah menengah rendah itu mengaku membunuh Yayoi Takahashi, 84, dengan menikam belakang mangsa.

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.
Menteri BRICS mesyuarat di Brazil usaha capai keamanan
Barisan menteri luar dari negara-negara BRICS mengadakan mesyuarat di Rio de Janeiro pada Isnin dengan rayuan Brazil untuk mencapai keamanan khususnya di Ukraine termasuk tindak balas yang diselaras terhadap langkah-langkah perdagangan Amerika Syarikat.
Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara sendiri - Jurucakap China
China terus berpendirian tegas bahawa Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara, seperti mana yang didakwa Parti Progresif Demokratik (DPP) di wilayah itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.

Isu borong tiket penerbangan tidak berlaku di Sarawak
Oscar Choo berkata. setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.