awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Filipina: Terpulang kepada kerajaan Persekutuan - Shafie Apdal

Assim Hassan
Assim Hassan
15/09/2020
15:35 MYT
Isu Filipina: Terpulang kepada kerajaan Persekutuan - Shafie Apdal
Mohd Shafie menjelaskan beliau hanya melontarkan pandangan berhubung perkara itu dan tiada paksaan mengenainya. Gambar/ Astro AWANI
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksaan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan tuntutan Filipina ke atas negeri ini.
Presiden Warisan itu menjelaskan, beliau hanya melontarkan pandangan berhubung perkara itu dan tiada paksaan mengenainya.
"Kalau tiada rundingan pun tidak mengapa. Kita setuju... ini semua adalah kuasa kerajaan Persekutuan kerana kerajaan Sabah tidak boleh berunding dengan mana-mana negara. Kita akur dengan keputusan itu.
"Namun, saya berharap kerajaan Persekutuan tidak hanya tahu bercakap (soal keselamatan) kerana di Sabah khususnya di Pantai Timur bergelut bukan hanya melibatkan kes penculikan tetapi juga nyawa manusia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Kapor di Kampung Landung Ayang di sini pada Selasa.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini melahirkan rasa kecewa dengan cadangan Mohd Shafie yang mencadangkan agar kerajaan Malaysia berunding dengan Filipina mengenai isu tuntutan terhadap Sabah.
Hishammuddin menegaskan, tuntutan Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah langsung tidak relevan dengan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Hishammuddin Hussein
#kerajaan Persekutuan
#Ketua Menteri
#Mohd Shafie Apdal
#tuntutan
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan