SEKITAR lapan ke sembilan peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal dalam subjek Bahasa Melayu sejak beberapa tahun lalu, walau realitinya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan mendominasi sistem persekolahan di negara ini.
Tahun lepas sahaja, 35,197 calon SPM gagal kertas BM dan 2015 pula 40,102 calon gagal kertas yang sama.
Adakah disebabkan kertas BM di peringkat SPM terlalu sukar atau masih wujud segelintir masyarakat di negara ini masih tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu?
Exco Pemuda UMNO Shahril Hamdan percaya ia terpulang kepada individu berkenaan sama ada mahu mempelajarinya atau tidak.
“Ia seperti belajar bahasa lain, ia bukan kerana ia sukar, tetapi sama ada seseorang itu mahu mempelajarinya atau tidak,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Turut memberi maklum balas ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang berpendapat jumlah pelajar gagal BM ini mencerminkan kegagalan sistem persekolahan untuk mengajar Bahasa Melayu kepada murid.
“Kegagalan ini amat mengejutkan dan perlu ada kajian utk memperincikan punca kegagalan ini. Adakah ia dari demografik tertentu, latar belakang sosio-ekonomi tertentu atau sebab-sebab lain.
Bagaimanapun aktivis Bahasa Melayu, bekas guru dan bekas pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Lim Swee Tin memberikan tiga faktor atas jumlah kegagalan yang tinggi dalam SPM kertas Bahasa Melayu.
BACA: Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat
BACA: Anak Cina pun boleh dapat A dalam Bahasa Melayu kalau ada usaha!
BACA: Kementerian Pendidikan garis enam inisiatif martabat Bahasa Melayu
Beliau yang berpengalaman selama 40 tahun dalam bidang pendidikan itu berpendapat, sebab pertama ialah kerana sikap acuh tidak acuh segelintir pelajar.
“Memang benar terdapat segolongan pelajar yang mengambil mudah hal ini. Pelajar dalam kelompok ini seolah-olah tidak mempedulikan kepentingan penguasaan Bahasa Melayu, sama ada mereka lulus atau tidak menjadi perkara kecil yang tidak perlu difikirkan dengan serius.”
Sebab kedua yang menyebabkan jumlah tinggi kegagalan kertas Bahasa Melayu ialah kelemahan tertunggak.
“Ada pelajar yang lemah sejak awal, ada yang semenjak di sekolah rendah lagi, yang 'diwarisi' serta dibawa ke peringkat menengah, seterusnya sehingga mereka menduduki peperiksaan.”
Pewarisan seumpama ini lazimnya diatasi melalui dua kaedah.
Pertama, inisiatif pihak sekolah mengadakan kelas pemulihan, klinik dan sebagainya.
Kedua, peranan ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tuisyen dan lain-lain.”
Ketiga, disebabkan sistem peperiksaan itu sendiri.
“Ada bentuk soalan yang terlalu teknikal seperti 'merumuskan karangan' dengan skema pemarkahan yang tersangat rigid.”
Kataya, penguasaan bahasa seharusnya menekankan aspek sebutan, penggunaan laras dan keupayaan diaplikasi dalam pelbagai ruang komunikasi.
Beliau turut mencadangkan agar pembelajaran Bahasa Melayu dibentuk semula dengan pentaksiran sepanjang tahun pengajaran dan pembelajaran dijadikan sandaran.
Mungkin sukar untuk dapat A, tetapi susah sangat ke nak lulus?
Shafizan Johari
Wed Nov 01 2017
Aktivis Bahasa Melayu mengakui ada segelintir pelajar yang tidak ambil serius terhadap kertas Bahasa Melayu. - Gambar fail
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
[KOLUMNIS] Bahasa basahan: 'Tapi' dalam dialek Johor bukan sebagai kata hubung
Seperti negeri lain di Malaysia, negeri Johor juga mempunyai dialek dan bahasa kolokial yang unik dan tersendiri.
Peruntukan RM50 juta mampu dukung matlamat DBP segarkan bahasa dan kesusasteraan
DBP berharap aktiviti bahasa dan kesusasteraan akan sentiasa segar serta menjadi wahana penting dalam mendidik masyarakat MADANI.
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.
Dinamik bahasa dalam penggunaan ChatGPT
Kendatipun ChatGPT mampu menyelesaikan masalah bahasa secara dinamik dengan data raya yang mengagumkan, ia masih mempunyai kekurangan.
Leksikal ayam dalam simpulan bahasa merujuk perangai manusia
Sedar atau tidak, dalam diri manusia itu sendiri ada sifat 'binatang' yang memungkinkan perangai manusia itu disamakan dengan sifat binatang.
Subjek bahasa: Jangan pandang sebelah mata
Semua pelajar pada peringkat menengah bagi sekolah aliran nasional diberikan peluang untuk mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibunda.
Murid digalak kuasai lebih daripada satu bahasa
Murid digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk mereka berdepan dengan dunia yang penuh persaingan pada masa kini.
Undian KPN Semarak Uniti: Hampir 70 peratus kata boleh bertutur lebih daripada dua bahasa
68.6 peratus responden mengatakan ya kepada persoalan diajukan manakala 21.1 peratus menyatakan tidak.
Pelaburan dalam pendidikan bahasa beri pulangan dua kali ganda untuk ekonomi UK - Kajian
Peningkatan murid sekolah menengah yang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Perancis atau Sepanyol boleh meningkatkan ekonomi UK berbilion pound dalam tempoh 30 tahun.
Kongsi makanan menerusi 'TikTok' wujud harmoni kaum
Ceddy menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sekali-sekala diselitkan dengan lawak jenaka di samping menjaga sensitiviti kaum.