Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau dan exco kerajaan negeri yang baharu akan mengadakan mesyuarat pertama Rabu depan.
“Saya dan rakan-rakan exco daripada Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan usaha ini dan insyaallah hari Rabu ini kita akan adakan mesyuarat yang pertama untuk meneliti empat perkara yang disebut oleh Anwar.
“Empat perkara tersebut adalah mengenai, isu elaun gaji MB, KIDEX, masalah air dan penjualan tanah,” katanya ketika memetik laporan portal freemalaysiatoday dalam satu sidang media selepas pertemuannya dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Jelasnya, selesai istiadat angkat sumpah dan akur janji di Istana Alam Shah, beliau dan empat exco Parti Keadilan Rakyat tampil di Ibu Pejabat PKR untuk memberi perhargaan kepada Anwar dan Wan Azizah.
Menurut Azmin, ini kerana Anwar dan Wan Azizah telah membentuk dan membimbingnya.
“Nasihat awal daripada Presiden adalah untuk memastikan pentadbiran baru ini memegang prinsip dan nilai cukup jelas, berintegriti, jujur, amanah dan tata kelola yang baik.
“Ini jadi pegangan untuk mentadbir pemerintahan yang baru,” katanya.
Ujarnya, Wan Azizah juga telah memberi nasihat supaya bekerja keras dan pastikan kekayaan di negeri Selangor dibelanja secara berhemah, bertanggungjawab dan memastikan pentadbiran ini mendapat terus dipertahankan PR.
“Kita mahu satu pentadbiran yang telus, soal lain kita akan maklumkan selepas ini,” jelasnya.
Sementara itu, Anwar dilaporkan menerima cadangan penurunan gaji Menteri Besar.
Ini berikutan beberapa keputusan awal iaitu pertimbangan khusus yang dibuat oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dihadiri ketiga-tiga pemimpin PR.
Kata Anwar, "Kita tahu keputusan kenaikan elaun Menteri Besar lebih tinggi daripada Perdana Menteri.
“Sebelum ini kita juga sudah memberi nasihat di mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, MB dulu menurunkan dengan kadar yang munasabah, walaupun kita tahu kenaikan itu wajar tetapi kenaikan itu terlalu mendadak.
“Malangnya perkara itu tidak berlaku, yang katakan pemindahan dana ke tabung pendidikan tidak berlaku. Jadi saya tentunya faham akan hasrat MB yang baharu supaya mengemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kadar gaji itu diturunkan kerana tidak munasabah lebih tinggi daripada Perdana Menteri,” katanya.
Tambah beliau, perkara yang disebutkan oleh MB mengenai KIDEX, yang memberi manfaat kepada beberapa syarikat kroni kerajaan Persekutuan dan kelulusan tanah kepada orang tertentu tidak mengikut proses yang sepatutnya.
“Ini telah diumumkan oleh MB, dan saya menyokong penuh dalam isu kontrak air yang telah diumumkan oleh MB.
“Saya beri sokong penuh kerana perubahan yang disebut Langkah Kajang itu mestilah mengarah kepada ketelusan,” jelasnya.
Katanya, kontrak air tidak seharusnya memberi manfaat kepada sebilangan orang atasan yang mengaut untung jutaan ringgit dan membebankan kerajaan negeri dan rakyat Selangor.
“Ini yang saya nak tekankan. Oleh demikian keputusan Majlis Pimpinan PR setahun yang lalu yang dihantar oleh ketiga-tiga pemimpin PR iaitu Dr Zulkifli dari PAS, Tony Pua dari DAP dan Rafizi Ramli dari PKR. Namun belum ada mesyuarat dengan MB yang lalu.
“Saya minta seluruh parti terutamanya exco Selangor yang mewakili PKR beri contoh yang cukup baik, telus dan kesungguhan bekerja yang cukup kuat dan padu kepada MB yang baharu,” ujarnya.
Agensi
Sat Sep 27 2014
AZMIN: Empat perkara dibincang dalam mesyuarat Exco Selangor pertama Rabu depan - Gambar fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN
Hishammuddin bagaimanapun menghormati keputusan itu kerana ia melibatkan suara daripada semua pihak termasuk akar umbi.
Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy
Mengulas pemilihan pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang, tidak mustahil jawatan itu hanya akan dipegang sementara waktu.
Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien
Bastien Onn berkata ia merupakan strategi yang memungkinkan gerakan Merah menghentikan sebarang cubaan provokasi daripada kumpulan Bersih sendiri.
1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam pemalsuan dokumen 1MDB sebagai tidak masuk akal.
Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar
Bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit
Kerajaan disifatkan perlu menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros pada situasi penurunan harga minyak dan junaman ringgit akhir-akhir ini.
Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M
Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun M.