Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman berharap isu melibatkan dirinya dan Lembaga Pengarah lidah rasmi parti PAS itu dapat diselesaikan secara kekeluargaan.
Ahmad Lutfi berkata masalah yang timbul boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak.
Katanya, beliau menghormati semua anggota lembaga pengarah dan pengurusan Harakah dan merasakan mereka juga memahami apa sebenarnya berlaku.
"Saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan; perkara ini boleh diselesaikan dengan baik, boleh selesai secara keluarga.
"Saya bukan mahu mencari musuh tetapi saya mahu berkhidmat untuk parti dan saluran saya ialah Harakah, saya 'orang media', itu ruang saya untuk berjuang," katanya dalam satu pertemuan dengan Astro AWANI di kediamannya hari ini.
Ahmad Lutfi juga menjelaskan beliau sudah bersedia untuk kembali menjalankan tugas seperti biasa dan mempunyai beberapa perancangan untuk Harakah bagi tahun 2015.
Keyakinan untuk kembali bertugas seperti biasa dikuatkan lagi apabila doktor memberitahu penyakit yang dihidapinya mempunyai tanda positif untuk pulih
"Doktor juga memberitahu saya, amat sukar untuk saya memperolehi 'pencen ilat' kerana kesihatan saya semakin pulih.
"Pencen ilat hanya diberikan kepada mereka yang mengalami keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah," katanya lagi.
Biarpun cukup bersedia untuk kembali bertugas, Ahmad Lutfi menjelaskan beliau rela diberikan jawatan lain jika kesihatannya kembali terganggu selepas kembali menjalankan tugas.
"Saya tidak suka untuk menyusahkan orang lain; saya tidak akan susahkan Harakah dan PAS jika keadaan kesihatan saya kembali teruk.
"Saya sedia untuk diberikan jawatan lain yang pihak pengurusan rasakan sesuai," tambahnya.
Sebelum ini, beberapa pihak mendakwa lembaga pengarah Harakah telah menasihatkan Ahmad Lutfi untuk melepaskan jawatan disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.
Namun sumber lembaga pengarah Harakah memberitahu Astro AWANI, pihaknya hanya mengadakan perbincangan dengan Ahmad Lutfi dan bukan memaksanya untuk meletak jawatan.
Irwan Muhammad Zain
Sat Jan 10 2015
Saya mahu selesai secara keluarga - Ahmad Lutfi
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi meninggal dunia
Isu Harakah: Saya mahu selesai secara keluarga - Ahmad Lutfi
Ahmad Lutfi berkata masalah yang timbul boleh diselsaikan secara baik tanpa perlu diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak.