awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu harga barang, beras, jerebu dan banjir antara tumpuan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
08/10/2023
23:30 MYT
Isu harga barang, beras, jerebu dan banjir antara tumpuan Dewan Rakyat
Turut akan dibentangkan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu berkaitan kenaikan harga barangan, kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT), situasi semasa jerebu yang melanda negara serta kesiapsiagaan kerajaan menghadapi banjir antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan strategi dan usaha kementerian mengawal kenaikan mendadak harga barang khususnya barangan keperluan rakyat, sejak kebelakangan ini.
Doris Sophia mengemukakan soalan itu ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
Isu berkaitan banjir pula dikemukakan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) yang ingin tahu jumlah dan lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) kekal yang berjaya dibina setakat ini.
Pertanyaan diajukan kepada Perdana Menteri itu berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 31 Jan lepas bahawa kerajaan akan membina PPS kekal di lokasi yang sentiasa mengalami banjir di seluruh negara.
Selesai sesi soal jawab, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadual memberi penerangan berhubung isu bekalan BPT, manakala Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberi penerangan berkaitan situasi jerebu yang melanda negara.
Menteri Pertahanan turut dijadual memberi penjelasan berhubung Kumpulan Boustead yang merupakan satu daripada anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), manakala Menteri Dalam Negeri akan menerangkan isu reformasi penjara dan pusat tahanan.
Sebelum bermulanya sesi penerangan oleh kesemua menteri berkenaan, enam rang undang-undang bagi meminda beberapa akta juga akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama.
Ia adalah Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023, Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023.
Turut akan dibentangkan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.
-- BERNAMA

Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#BPT
#jerebu
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan