awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu harga padi, beras akan dimuktamadkan 20 Mac ini - PM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/02/2024
09:11 MYT
Isu harga padi, beras akan dimuktamadkan 20 Mac ini - PM
Anwar hadir dan melawat reruai kementerian pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor, hari ini. Beliau diiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Bernama
KUALA SELANGOR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi tempoh sehingga 20 Mac ini untuk memuktamadkan isu harga padi dan beras.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu harga padi dan beras itu perlu menjadi keutamaan bagi membantu menaik taraf golongan pesawah di negara ini.
"Pesawah mahu hasil padi mereka itu dinilai, maknanya kalau semua tak mahu tanam padi dan tukar (tanaman) lain untuk mendapat pendapatan lebih, negara hadapi risiko keselamatan makanan," katanya ketika berucap pada Program Madani Rakyat (PMR) Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada Ahad.
Isu harga padi akan dimuktamadkan 20 Mac ini - PM
Anwar berkata, golongan pesawah antara yang paling miskin di negara ini meskipun rakyat secara keseluruhan mahu harga beras turun dan dikawal.
Justeru, katanya, kerajaan harus mengimbangi tuntutan pesawah dan rakyat agar semua pihak mendapat keadilan.
"Jika harga beras naik, ia beban kepada pengguna, jika tak naik ia (menjadi) beban kepada pesawah... jadi bagaimana hendak mengimbangi kedua-duanya?" katanya.
Anwar berkata, kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Topic Berkaitan
#harga beras
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Beras Putih Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan