SEPANG: Wisma Putra akan membincangkan mengenai pendirian Malaysia dan Brunei terhadap isu Islamofobia yang berlaku di Stockholm, Sweden pada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei, yang dijadualkan bermula esok.
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga selaku menteri pengiring Anwar pada lawatan rasmi itu berkata beliau akan membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya, Erywan Mohd Yusof.
"Oleh kerana hal ini menyentuh kedudukan umat Islam seluruh dunia yang dilakukan ektremis, tentunya ia akan mencetuskan keprihatinan Malaysia-Brunei.
"Jadi saya akan bincang dengan rakan sejawat saya pada sesi lawatan rasmi ini," katanya kepada Bernama pada sidang media mengenai isu terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas, Rasmus Paludan yang merupakan pemimpin parti pelampau kanan Denmark "Stram Kurs", diberikan kebenaran membakar Al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweeden hingga membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.
Tindakan itu turut menarik perhatian Anwar yang dilaporkan berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia dan menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji itu, selain memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara itu.
Anwar dijadual mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei mulai esok. Brunei merupakan destinasi kedua lawatan rasmi Anwar, selepas dilantik ke jawatan itu pada Disember lepas.
Menyifatkan tindakan Paludan sebagai melampaui batas persefahaman serta tidak menghormati kehidupan beragama, Zambry berkata perbuatan seumpama itu sudah pasti tidak dapat diterima mana-mana negara bertamadun.
"Mereka cakap soal demokrasi tetapi ini bukan tindakan sepatutnya. Sebaliknya perlu jaga keamanan dan kestabilan," katanya.
Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan keamanan dan menerapkan sikap hormat menghormati antara pelbagai kaum serta agama dalam kalangan rakyat.
"Anwar terkenal sebagai seorang yang gemar adakan dialog peradaban, ini sepatutnya dilakukan bukan cetuskan Islamofobia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Zambry berkata, oleh kerana hal itu menyentuh kedudukan umat Islam seluruh dunia yang dilakukan ektremis, tentunya ia akan mencetus keprihatinan Malaysia-Brunei. - Gambar fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Sarjana Islam Eropah mahu Malaysia rangka strategi tangani Islamofobia - PM Anwar
Pemikir dan sarjana Islam Eropah mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan dalam menentang kemaraan Islamofobia.
PM bertemu badan pemikir Islam antarabangsa, tangani Islamofobia
Perdana Menteri membincangkan perihal Islamofobia yang disifatkan semakin membarah di Eropah.
Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.
Ketegasan tangani Islamofobia, cermin komitmen kerajaan pertahan kesucian Islam - Pakar
Tokoh agama berkongsi pandangan sama dengan Perdana Menteri yang tegas berhubung isu Islamofobia dalam Kenyataan Negara di UNGA Ke-78.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di New York.
Malaysia satu-satunya negara perjuang hak Palestin di Sidang Kemuncak ASEAN - PM Anwar
Anwar berkata, Malaysia konsisten perjuang nasib rakyat Palestin tatkala dunia seolah-olah lebih ambil berat tentang peperangan Rusia dan Ukraine
Tanggungjawab bersama anggota OIC untuk tangani Islamofobia - Ahmad Zahid
Beliau berkata menangani Islamofobia memerlukan penglibatan pelbagai peringkat bersama anggota masyarakat antarabangsa.
Turkiye, Malaysia bersama-sama tangani kebimbangan berkaitan Islamophobia
Turkiye dan Malaysia akan mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala mereka serta bersama-sama menangani kebimbangan berkaitan Islamofobia, kata Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan.
Erdogan saran Malaysia dan Turki cari jalan tangani isu Islamofobia
Anwar berkata, Malaysia bersikap tegas dalam perkara berkaitan isu Islamofobia dan tidak mengizinkan penghinaan ke atas mana-mana agama.
Malaysia, Turki bakal jalin kerjasama tangani Islamofobia - PM
Kerjasama membentuk gerakan bagi menangani isu Islamofobia di peringkat antarabangsa dibincangkan Perdana Menteri dengan Presiden Turki semalam.