awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca ekstrem boleh berlaku dari semasa ke semasa - MetMalaysia
Had tempoh jawatan PM: Perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, kesediaan parti politik - Penganalisis
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu jenayah seksual kanak-kanak antara tumpuan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
18/08/2020
00:01 MYT
Isu jenayah seksual kanak-kanak antara tumpuan Dewan Rakyat
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu berkenaan terkandung dalam Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan diajukan Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abd Kadir dari Pas.
Isu jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak antara yang bakal mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu berkenaan terkandung dalam Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan diajukan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ingin tahu secara terperinci sejauh mana berlaku jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak yang menjadi mangsa pedofilia serta usaha menanganinya.
Turut dibangkitkan dalam sesi itu pertanyaan daripada Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) mengenai langkah Kementerian Pendidikan untuk memastikan pelajar di luar bandar dan golongan pelajar B40 mempunyai akses kepada peralatan pembelajaran yang setara dengan pelajar di bandar seperti pemilikan komputer riba, tablet dan mesin pencetak.
Beliau juga meminta penjelasan sama ada kajian telah dijalankan mengenai permasalahan pembelajaran dari rumah semasa pandemik COVID-19 akibat tiada peralatan teknologi maklumat bagi pembelajaran di rumah.
Selain itu, P. Prabakaran (Bebas-Batu) pula ingin tahu sekiranya Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat untuk mengawal selia harga siling bagi setiap jurusan di institut pengajian tinggi awam dan swasta memandangkan kos pendidikan semakin meningkat saban hari.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari hingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#jenayah
#Parlimen
#pelajar
#SOP
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan