awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu jet baru, jangan perguna nama baik YDP Agong - Rafizi

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2015
05:01 MYT
Isu jet baru, jangan perguna nama baik YDP Agong - Rafizi
Isu jet baru, jangan gunakan nama baik YDP Agong - Rafizi (Gambar: Fail)
Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli kesal dengan sikap kerajaan Persekutuan dalam memberi maklum balas berhubung kontroversi pembelian jet peribadi baru.
Rafizi mendakwa Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengheret nama baik Yang Dipetuan Agong dalam maklumbalas pertama berhubung kontroversi itu.
"Kononnya pembelian ini perlu untuk kegunaan Yang DiPertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Naib Presiden PKR itu berkata, tindakan JPM itu tidak bertanggungjawab kerana rakyat dapat membezakan berapa kali Yang DiPertuan Agong terlibat dalam lawatan-lawatan rasmi ke luar negara berbanding Perdana Menteri.
"Bagi tempoh 2008 hingga 2013 seperti jawapan Parlimen kepada soalan YB Nga Kor Ming, kerajaan terpaksa membayar kos RM44 juta bagi semua lawatan ke luar negara melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak.
"Itu kos operasi sahaja tidak termasuk kos pembelian dan sewa beli jet-jet peribadi kerajaan," katanya lagi.
Beliau mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memperincikan setiap perjalanan jet-jet peribadi milik kerajaan dan siapakah yang menggunakan jet-jet peribadi ini.
"Berapa kali sebulan jet-jet ini digunakan hingga jumlah jet yang sedia ada tidak mencukupi dan perlu ditambah lagi?" soal beliau.
Katanya, alasan Jabatan Perdana Menteri bahawa pembelian ini perlu untuk menggantikan jet BBJ (Boeing Business Jet) yang telah lama juga tidak boleh diterimapakai
"Tempoh boleh guna sebuah jet Boeing komersil adalah di antara 20 hingga 25 tahun bila disenggara mengikut jadual seperti amalan industri penerbangan.
"Jet BBJ yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia hanya berusia 16 tahun dan tidak pun digunakan sekerap jet komersil kerana hanya digunakan sekali-sekala untuk keperluan rasmi kerajaan." katanya.
Rafizi berkata, alasan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri tidak boleh diterima rakyat kerana masih belum menjawab di mana kewajaran membeli satu lagi jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri dan menteri kabinet.
"Saya menasihati Perdana Menteri berterus terang sahaja dan tidak menggunakan pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk mengelak dari menjawab isu ini." jelas beliau.
Semalam, Rafizi mendedahkan pembelian sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Najib secara anugerah terus kepada kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan segera menafikan dakwaan pembelian jet peribadi untuk kegunaan Najib.
Topic Berkaitan
#jet peribadi
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan