awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kalimah Allah perlu ditangani dengan teliti

Haider Yutim
Haider Yutim
23/02/2013
08:17 MYT
Isu kalimah Allah perlu ditangani dengan teliti
Isu kalimah Allah perlu ditangani dengan lebih teliti dan bukan sekadar menentukan ia boleh atau tidak digunakan.
Menurut peneraju jawatankuasa perpaduan nasional Pas, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, perkara itu perlu perlu ditangani dengan mengambil kira sensitiviti, sosial, kebudayaan, impak, serta hal berkaitan undang-undang.
Dr Mujahid juga mengakui ia merupakan satu isu namun baginya isu yang lebih besar ialah perubahan ke arah politik baru di negara ini.
“Ia tidak semudah “boleh atau tidak boleh digunakan...” ia juga melibatkan aspek kebudayaan, undang-undang, dialog serta pemahaman,” kata beliau ketika ditemubual Astro Awani.
Ditanya samada isu tersebut mendatangkan kesan ke atas pengundi atas pagar, beliau menjawab pengundi di atas pagar terkesan dari pelbagai isu bukan sahaja dari isu kalimah Allah.
Kata Dr Mujahid, apa yang dikhuatiri ialah apabila wujudnya pihak yang memanipulasi isu tersebut bagi kepentingan kuasa mereka.
“Saya khuatir tanpa pemahaman, akan wujud sikap mengeksploitasi dan manipulasi dari sesetengah pihak yang terdesak untuk memegang kuasa. Mereka akan gunakan (isu ini) dan akhirnya ia akan memberi risiko kepada perbincangan aman antara agama di negara ini,” katanya.
Isu kalimah Allah itu timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.
Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama Pas kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Dr Mujahid Yusof Rawa
#parit buntar
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan