awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kartel daging halal, JAIS ambil langkah berjaga-jaga

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
27/12/2020
11:47 MYT
Isu kartel daging halal, JAIS ambil langkah berjaga-jaga
Mohd Zawawi berkata, walaupun tidak berlaku di Selangor namun ia tetap merupakan aktiviti tidak bertanggungjawab yang perlu dipandang serius.
KUALA LUMPUR:Kerajaan Selangor mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani isu membabitkan kartel daging import sejuk beku bertanda halal palsu yang dibawa masuk ke negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, isu itu walaupun tidak berlaku di Selangor namun tetap merupakan aktiviti tidak bertanggungjawab yang perlu dipandang serius.
Katanya, Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memantau isu itu dengan teliti.
“Walaupun kes-kes tangkapan dan pembongkaran tersebut tidak berlaku di Selangor, namun tiada jaminan bahawa stok daging tersebut tidak sampai dan tidak dipasarkan di negeri ini secara haram.
"Kita mempunyai satu jawatankuasa yang bertanggungjawab mengenai isu sedemikian," katanya.
Beliau berkata, orang ramai disaran agar lebih peka mengenai status halal sesuatu produk ketika membuat pembelian.
Ia jelasnya termasuk melakukan pemeriksaan dengan menyemak status halal yang dipaparkan menggunakan telefon pintar.
Dalam masa yang sama jelasnya rakyat di negeri itu dinasihatkan agar tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan suasana panik.
Topic Berkaitan
#Mohd Zawawi Ahmad Mughni
#haram
#JAIS
#Islam
#Halal
#Exco
#kerajaan
#rakyat
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan