awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kartel daging: Syarikat guna cap pengeluar daging terkenal mungkin didakwa esok - Rosol

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/12/2020
06:00 MYT
Isu kartel daging: Syarikat guna cap pengeluar daging terkenal mungkin didakwa esok - Rosol
Rosol berkata siasatan mendapati modus operandi yang digunakan oleh syarikat tersebut adalah dengan meletakkan cop sebuah syarikat pengeluar terkemuka negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Sebuah syarikat yang dipercayai terlibat dengan kartel daging haram telah disita dan dijangka akan didakwa di mahkamah pada Rabu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata siasatan mendapati modus operandi yang digunakan oleh syarikat tersebut adalah dengan meletakkan cap sebuah syarikat pengeluar terkemuka negara pada daging import tersebut.
Jelas beliau, kementeriannya bertindak menyita dan membeku aset syarikat tersebut dengan nilai sitaan dianggarkan bernilai RM1 juta.
"Kita akan dakwa dalam masa terdekat dan mungkin esok syarikat itu akan didakwa. Apa yang kita dapat syarikat yang memalsukan sijil halal dan cap halal, kita dapati syarikat itu yang memalsukan sijil halal dan kita dapati ada 24 unit stamp getah daripada syarikat tersebut yang mempunyai jenama daging yang mempunyai permintaan tinggi," katanya di Dewan Negara, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan usul mengenai isu kartel daging yang diragui status halal di Dewan Negara, di sini.
BACA: Isu kartel daging: KPDNHEP setuju supaya RCI ditubuhkan - Rosol
Mengulas lanjut, Rosol berkata pihak kementerian juga menemukan 5,000 logo halal Jakim, sementara sejumlah 2,428 kotak daging beku turut disita, yang menggunakan logo halal yang disyaki palsu dengan nilai sebanyak RM738,640.
"Selain itu, kita juga mendapati dua buah lori yang menggunakan logo halal Jakim yang dipalsukan dan kita menyita lori tersebut dengan jumlah sitaan bernilai RM1.03 juta," ujar beliau.
Dalam perkembangan sama, Rosol turut mengesahkan syarikat pengeluar daging halal terbesar dunia jenama Allana dan Pengeluar makanan proses, Ramly Food Prosessing Sdn Bhd, adalah terjamin halal.
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#kartel daging
#mahkamah
#nilai
#Halal
#KPDNHEP
#Rosol Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan