awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kemiskinan, Pelan Perindustrian 2030 tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2024
23:40 MYT
Isu kemiskinan, Pelan Perindustrian 2030 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mesyuarat kedua, penggal ketiga parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu kemiskinan tegar dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 antara isu yang akan menjadi tumpuan di sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat, isu tersebut akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Dadhli Shaari minta Menteri Ekonomi menyatakan negeri-negeri seterusnya yang disasarkan oleh kerajaan untuk mencapai sifar miskin tegar.
Beliau mahu kerajaan mejelaskan pelan tindakan untuk perkara ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mahu mengetahui sejauh mana Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 berjaya melaksanakan empat misi yang ditetapkan sejak ia dilancarakan Julai tahun lalu.
Persoalan ini akan dikemukakan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Turut dibangkitkan perihal eksport durian ke China.
Ahli Parlimen Raub meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjelaskan mengenai usaha kementerian mempercepatkan proses pengeksportan durian segar ke negara China dan memberi satu jangka masa bila pengeksportan tersebut boleh bermula.
Turut ditanya, kekangan atau masalah yang dihadapi oleh kementerian dalam proses ini dan apakah cara penyelesaian kementerian untuk mengatasi kekangan atau masalah tersebut.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan senarai 18 lokasi yang akan membina loji 'waste to energy' di seluruh negara, termasuk di Pulau Pinang.
Selesai sesi soal jawab lisan, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan beberapa rang undang-undang.
Antaranya Rang Undang-Undang Perkongsian Liabiliti Terhad (pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Audit (pindaan) 2024.
Mesyuarat kedua, penggal ketiga parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#isu kemiskinan
#Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030
#tumpuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan