awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025

Isu kesihatan mental petugas kesihatan perlu jadi perkara utama di Parlimen kelak - Anwar Ibrahim

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/09/2021
04:41 MYT
Isu kesihatan mental petugas kesihatan perlu jadi perkara utama di Parlimen kelak - Anwar Ibrahim
Anwar menggesa kerajaan memberi fokus aspek pengurusan, persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan kakitangan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Isu kesihatan mental petugas kesihatan perlu menjadi perkara utama yang disentuh sewaktu sidang Parlimen yang akan bermula 13 September depan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan memberi fokus aspek pengurusan, persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan kakitangan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan dengan lebih berkesan.
"Saya meneliti laporan mengenai luahan para petugas kesihatan yang mengalami tekanan dan gangguan emosi sepanjang bertugas memerangi wabak.
"Pengorbanan mereka tanpa henti wajar mendapat pembelaan dan perhatian.
"Saya melihat keperluan untuk mempunyai pendekatan memerangi COVID-19 tidak hanya dalam strategi mengawal penularan, tapi harus termasuk tahap emosi dan kesihatan mental para petugas kesihatan. Ini harus diambil kira oleh Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) yang baharu, katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Pada Rabu, akhbar tempatan melaporkan lebih 70,000 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan pelbagai gangguan emosi seperti stres, kemurungan dan kecelaruan, serta kelesuan melampau selepas 20 bulan melawan pandemik COVID-19 secara berterusan.
Menurut laporan tersebut, terdapat kakitangan kesihatan mengaku menangis setiap hari selama sebulan apabila pulang ke rumah, stres, berasa tidak berguna kerana tidak dapat menyelamatkan pesakit, selain kemanusiaan diri tercabar apabila terpaksa memilih pesakit yang perlu 'dilepaskan' setiap hari.
Segelintir daripada mereka juga memulakan tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil kopi berlebihan untuk mendepani kelesuan melampau atau 'burnout' berikutan peningkatan beban tugas akibat pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kesihatan mental
#petugas kesihatan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.