Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyuarakan kebimbangan golongan belia berhubung isu kenaikan kos sara hidup semasa mesyuarat Kabinet Rabu ini.
"Saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili semua belia di luar sana berhubung kos sara hidup. Saya akan suarakan kerisauan golongan belia ini pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-29 2013-2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.
Khairy berkata tiga perkara pokok bagi golongan belia di negara ini ialah kos sara hidup, rasuah dan kejadian jenayah.
"Perkara ini perlu dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri supaya tidak ada tekanan dalam kalangan rakyat," katanya.
Beliau mengulas ucapan Presiden MBM Mohamed Maliki Mohd Rapiee yang membangkitkan kebimbangan dan kerisauan golongan belia berhubung peningkatan kos sara hidup.
Mohamed Maliki turut menyatakan kebimbangan golongan belia berhubung Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang dijangka dilaksanakan pada 2015.
"Golongan belia ingin tahu mengenai kadar fiskal, kadar cukai dan lanskap serantau kesan daripada komuniti ekonomi itu," katanya.
Terdahulu, Khairy dalam ucapannya berkata Kementerian Belia dan Sukan sedang dalam proses semakan semula Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) bagi menghasilkan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang lebih mantap dan komprehensif.
"Semakan semula dasar ini sedang diperkemas dan diperinci dengan mengambil kira penambahbaikan dan penyesuaian dengan peredaran masa kini serta dasar-dasar utama negara.
"Cadangan DBM juga dirangka agar menepati keperluan dan suara hati belia Malaysia," jelasnya.
Mengenai Parlimen Belia Malaysia (PBM), Khairy berkata sehingga kini, seramai 147,514 orang belia sudah mendaftar sebagai pemilih, iaitu 73.48 peratus daripada 200,000 sasaran minimum yang ditetapkan.
"Pemilihan untuk Anggota Parlimen Belia dijangka pada Februari 2014 dan persidangan akan diadakan pada April 2014. Saya menyeru kepada semua agar bersama-sama membantu promosi Parlimen Belia yang akan berakhir pada 31 Dis ini," katanya.
Bernama
Mon Dec 16 2013
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (tiga, kiri) beramah mesra dengan para perwakilan belia negeri-negeri selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Penggal Ke-29 Tahun 2013-14 di PWTC. --fotoBERNAMA
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.