Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi akan bertemu dengan pengusaha industri tenunan songket pada awal Februari ini bagi membincangkan hala tuju industri berkenaan berikutan masalah lambakan songket tiruan di pasaran sejak sekian lama.
"Antara isu yang akan dibangkitkan ialah mengenai lambakan songket tiruan terutama dari India selain persaingan dari segi harga dan kualiti yang ditawarkan berbanding songket asli dijual di sini," katanya kepada Bernama selepas program Suara Harapan terbitan Bernama Radio, pada Rabu.
Pada Rabu, sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai kebimbangan pengusaha songket Terengganu terhadap lambakan songket tiruan di pasaran yang menyebabkan permintaan terhadap songket asli semakin berkurangan sekali gus menyebabkan ramai penenun mengalami kerugian.
Ia kerana harga songket tiruan jauh lebih murah berbanding songket asli yang ditenun 100 peratus secara tradisional serta berkualiti dengan harganya mencecah puluhan atau ratusan ribu ringgit.
Beliau berkata songket asli perlu dipertahankan kerana ia merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman-berzaman.
Mohamaddin turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Yayasan Tuanku Nur Zahirah, iaitu sebuah yayasan di bawah naungan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang bergiat aktif dalam memelihara warisan asli di Terengganu.
Pada 30 Mei tahun lepas, Datuk Radzuan Radziwill selaku pengerusi yayasan itu menyatakan tentang keperluan kerajaan untuk campur tangan bagi memerangi kemasukan songket luar negara selain memastikan industri songket warisan Melayu terus terpelihara.
Dalam perkembangan lain, Mohamaddin dalam temu bual tersebut menyatakan bilangan pelancong antarabangsa ke Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2018 menunjukkan penurunan sebanyak 0.3 peratus iaitu 19,386,115 berbanding 19,435,935 orang untuk tempoh sama pada 2017.
Bagaimanapun, perbelanjaan pelancong meningkat 0.5 peratus iaitu RM61.9 bilion berbanding RM61.5 bilion untuk tempoh sama pada 2017.
"Pelancong dari ASEAN menjadi penyumbang utama dalam trend kemasukan pelancong pada tahun lepas dengan purata tempoh tinggal telah meningkat sebanyak 0.2 malam iaitu 7.3 malam berbanding 7.1 malam bagi tempoh sama pada tahun 2017," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 02 2019
Pengusaha songket Terengganu terhadap lambakan songket tiruan di pasaran. - Gambar hiasan
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Nahas helikopter: CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pusat berkenaan mula diaktifkan pada pukul 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
Rumah nenek jadi stor dadah
Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu.
Nahas helikopter: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Nahas helikopter: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Lembaga Siasatan akan mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.