PUTRAJAYA: Tindakan sewajarnya perlu diambil berlandaskan undang-undang negara ini sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut keluaran Vern's Holding Sdn Bhd yang didakwa mirip kalimah Allah, tertera pada tapak kasut itu, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan dan menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
Beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan memandangkan polis telahpun membuka kertas siasatan berhubung kes itu.
"Jakim juga tidak mahu kes sebegini berulang lagi di masa akan datang sama ada oleh Vern's Holding Sdn Bhd, dan juga semua pihak yang menghasilkan apa sahaja produk jualan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jakim telah bertemu Pengasas dan Pengarah Urusan Vern's Holding Sdn Bhd Datuk Seri Ng Chuan Hoo hari ini bagi tujuan siasatan dan meminta penjelasan serta langkah-langkah syarikat untuk mengelakkan isu seumpama itu berulang.
"Pihak Vern's Holding Sdn Bhd telah menjelaskan kedudukan sebenar isu berkenaan dan memohon maaf. Pihak syarikat telah mengambil tindakan drastik dengan menarik balik serta-merta produk itu dari lebih 70 cawangan Vern's di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.
Hakimah berkata Jakim memberi peringatan tegas kepada Vern's Holding dan semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport untuk sentiasa cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum.
"(Ia) bagi mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat keseluruhannya di negara ini. Semua pihak dinasihatkan untuk tidak membangkitkan isu-isu yang menyentuh aspek 3R iaitu agama, raja dan kaum yang boleh menimbulkan ketegangan dan menjejaskan keharmonian," katanya.
Sebelum ini tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa kasut Vern's yang dibelinya memaparkan logo yang seakan-akan kalimah Allah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini berkata polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu logo berkenaan, dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada sidang media hari ini pula, Razarudin berkata 1,145 pasang kasut dirampas bagi membantu siasatan berkaitan isu berkenaan setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Hakimah berkata Jakim memandang serius isu berkenaan dan menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan siasatan lanjut berhubung perkara itu. - Gambar fail/Bernama
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Blues Gang buat konsert 5 dekad ulang tahun
Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato.
Insiden serangan: Polis siasat sama ada tindakan rambang, terancang - Saifuddin
Siasatan polis terhadap beberapa insiden yang mengancam institusi penting negara menjurus ke arah menentukan sama ada ia merupakan tindakan rambang atau terancang.
Penjajaran semula agensi bermandat bumiputera lonjak ekosistem ekonomi
Penjajaran ini dijayakan melalui kerjasama pintar dan inovatif antara sektor awam dan swasta, sejajar dengan prinsip kerajaan madani yang mengutamakan inklusiviti, keberkesanan, dan kelestarian.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
40 maut akibat denggi sejak Januari lalu
Sebanyak 40 kematian direkodkan akibat wabak denggi sejak Januari lalu, meningkat 14 kes berbanding 26 yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Masyarakat disaran jangan melulu bertindak
Masyarakat disaran tidak bersifat melulu dalam kempen gerakan 'Blockout 2024' yang bertujuan memboikot selebriti atau pempengaruh media sosial yang tidak menggunakan media sosial sebagai medium bersuara berhubung kekejaman Israel.
Anggota Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor berkata, ini kerana penilaian akibat tindakan gopoh tersebut berkemungkinan menjadi salah sehingga artis yang sebenarnya pernah menggunakan media sosial mereka untuk bersuara dalam isu tersebut, turut tersenarai dalam kempen itu.
Anggota Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor berkata, ini kerana penilaian akibat tindakan gopoh tersebut berkemungkinan menjadi salah sehingga artis yang sebenarnya pernah menggunakan media sosial mereka untuk bersuara dalam isu tersebut, turut tersenarai dalam kempen itu.
Wan Saiful kecam ugutan bunuh diterima Teresa Kok
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengecam tindakan ugutan pembunuhan yang diterima oleh Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.
Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Isu logo didakwa mirip kalimah Allah di tapak kasut: Tindakan tegas jika disengajakan - Jakim
Tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut keluaran Vern's yang didakwa mirip kalimah Allah.