awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/08/2020
05:12 MYT
Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'
Lim Guan Eng memberitahu, atas faktor keselamatan, kerajaan perlu memutuskan demikian dengan memberi projek secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat tertentu.- Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengakui meluluskan 101 projek bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus ketika di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menyifatkan ia adalah sesuatu yang lumrah dalam sesebuah kerajaan.
Beliau menjelaskan, atas faktor keselamatan, kerajaan perlu memutuskan demikian dengan memberi projek secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat tertentu.
Walaupun begitu katanya, jumlah itu hanya mewakili empat peratus daripada keseluruhan nilai pembangunan atau 1.4 peratus berbanding keseluruhan perolehan sepanjang 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
"Ini adalah perkara lumrah, seluruh negara termasuk negara barat sekalipun melakukan perkara yang sama, harap mereka tidak main politik lagi.
"Perlu ditegaskan bahawa Kementerian Kewangan PH mengamalkan sistem tender terbuka selaras dengan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14, iaitu kami menyatakan akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya dalam projek besar.
"Jelas di sini, tidak disebut bahawa tidak boleh menggunakan kaedah rundingan terus dalam keadaan tertentu," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Isnin.
Semalam, Guan Eng 'diasak' wakil blok kerajaan selepas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan Ahli Parlimen Bagan itu meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus ketika pentadbiran PH.
BACA: Dewan Rakyat 'panas' isu kelulusan 101 projek bernilai RM6.61 bilion
Dalam pada itu, Guan Eng mencabar Tengku Zafrul untuk mendedahkan keseluruhan 101 projek rundingan terus dalam masa terdekat.
"Tengku Zafrul harus mendedahkan segera senarai penuh projek rundingan terus oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN), PH dan Perikatan Nasional (PN).
"Jangan fitnah, jangan cuba mencipta persepsi untuk mengalih perhatian daripada kepincangan dalam PN," katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Kabinet PH tidak pernah dimaklumkan mengenai projek secara rundingan, Guan Eng berkata:
"Dia (Azmin) ini sekarang sudah lupa daratan. Dulu dia buat macam itu, sekarang dia buat macam lain. Takkan dia boleh lupa apa dibentangkan dalam Kabinet? Dia ini memang sudah jadi pakar kelentong," katanya.
Topic Berkaitan
#101 projek
#Dewan Rakyat
#Lim Guan Eng
#MACC
#Parlimen '
#RM6 61 bilion
#rundingan terus
#SPRM
#terowong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan