Orang ramai boleh mengadu kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) sekiranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) gagal mengurus aduan mengenai isu meter pintar.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata beliau akan mengumumkan prosedur bagi saluran kedua itu jika TNB masih gagal menguruskanya.
"Saya akan membuat pengumuman mengenai perkara ini dalam masa seminggu dua lagi selepas meneliti setiap perkara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa Parlimen Bakri di sini malam ini.
Yeo berkata beliau juga akan membuat semakan dengan TNB berkenaan dakwaan oleh pelanggan TNB bahawa bil elektrik mereka melambung tinggi selepas pengunaan meter pintar.
Dalam perkembangan lain, Yeo berkata beliau sedang berusaha mengubah budaya kerja lama penjawat awam di bawah kementeriannya agar dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
"Saya ingin mengubah budaya kerja lama (agar amalan) semua kakitangan turun ke majlis dihadiri menteri tidak berlaku lagi... Sebelum ini ketika mula-mula menjadi menteri saya dapati lebih 80 peratus kakitangan hadir ke majlis saya.
"Selepas itu saya hanya cuba membenarkan kakitangan yang bertugas untuk majlis dan diperlukan saja menghadiri majlis menteri," katanya.
Beliau berkata jika semua kakitangan ikut majlis menteri seperti yang diamalkan oleh kerajaan sebelum ini siapa yang akan uruskan pejabat.
"Saya bukan nak tengok muka siapa yang kerap turun ke majlis saya tetapi saya nak lihat prestasi kerja mereka dalam melaksana tugas yang diamanahkan oleh rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019
GAMBAR FAIL: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menukar kira-kira 100,000 daripada 340,000 meter rumah penduduk di negeri ini dengan meter pintar. - BERNAMA
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Kementerian Luar rai duta, perwakilan asing dalam majlis berbuka puasa
Menteri Luar rai perwakilan asing, duta dan warga kementerian dalam satu majlis berbuka puasa, malam tadi.
Kedutaan Turkiye anjur iftar untuk pasukan penyelamat M'sia terlibat dalam usaha pasca gempa
Majlis dihadiri lebih 160 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pasukan Operasi Starlight II.
Elizabeth Tan mohon maaf tak sengaja terlanggar PM, teruja sangat dapat jumpa
Insiden berlaku ketika Elizabeth hadir pada majlis berbuka puasa penggiat seni bersama PM Anwar, Selasa lalu.
Persembahan kurang sopan, PU Syed tegur artis, penganjur majlis berbuka puasa
Pendakwah selebriti, PU Syed menegur tindakan penganjur sebuah majlis berbuka puasa, susulan pemilihan persembahan yang dibuat pada majlis itu.
Yang Di-Pertuan Agong, Permaisuri berangkat tiba di Sarawak
Seri Paduka berdua berangkat ke Sarawak bagi memulakan lawatan dua hari.
Agong, Permaisuri berkenan hadir majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Kabinet
Selain anggota tertinggi kerajaan, hadir sama pada majlis tersebut termasuk duta negara asing.
7 selebriti dikompaun langgar SOP PKPB ketika majlis berbuka puasa
Seramai tujuh selebriti dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 April lalu.
Kertas siasatan Awie dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya minggu ini
Kertas siasatan itu dijangka diselesaikan dalam minggu ini sejurus kesemua saksi dipanggil untuk memberi keterangan.
MSN kesal pemain, pegawai sepak takraw positif COVID-19 kerana majlis buka puasa
Ia kerana badan induk itu langsung tidak dimaklumkan mengenai majlis berbuka puasa yang dihadiri pemain dan pegawai berkenaan.
Muhyiddin berbuka puasa bersama Jemaah Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri, di sini.