awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2023
08:24 MYT
Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin
Salahuddin ketika berucap pada Pelancaran Jualan Rahmah Hari Raya bersama jenama pakaian Sabella hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang lepas.
Bagaimanapun ujar beliau, pihaknya bersedia memanggil mana-mana pemain industri atau pihak yang berminat untuk tampil menjadi pembekal.
"Ini kerana polisi kerajaan sekarang untuk kita buka kepada mereka yang berminat.
"Melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), kita akan pastikan ia memainkan peranan untuk meneliti perkara tersebut," katanya dalam sidang selepas Majlis Pelancaran Jualan Rahmah Hari Raya Sabella di sini pada Sabtu.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan, Anwar menyatakan kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.
Beliau berkata, semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaannya supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam pula menjelaskan isu monopoli itu akan diteliti kerana ia melibatkan sesuatu syarikat.
"Industri berkaitan telur dan ayam ini sebenarnya ramai pemain (syarikat).
"Berkaitan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, kita akan melihat sesuatu perniagaan mengungguli dan akan meneliti sedalam-dalamnya," ujarnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kpdn
#isu monopoli
#Salahuddin Ayub
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan