Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lalu secara sebulat suara bersetuju menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang oleh Muhyiddin serta merta sehingga pemilihan MT akan datang.

Susulan itu satu sidang media telah diadakan berkaitannya oleh Muhyiddin semalam.

Berikut adalah apa yang kita tahu mengenainya setakat ini:

Latar belakang

Sidang media khas diadakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi Selasa di Bukit Damansara.

Ia turut dihadiri, ADUN Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin mengulas isu penggantungan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lalu.


Pendirian Muhyiddin

Di dalam sidang media itu, Muhyiddin mengumumkan bahawa dia tidak akan keluar daripada parti UMNO.

Muhyiddin melahirkan rasa hormat dengan keputusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan keluar dari parti pada Isnin.

Muhyiddin menegaskan bahawa tidak sekali-kali terbabit dalam sebarang konspirasi menjatuhkan Presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keputusan untuk kekal di dalam UMNO turut diikuti Mukhriz dan Shafie.

Mesyuarat MT UMNO Jumaat lalu secara sebulat suara bersetuju menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang oleh Muhyiddin serta merta sehingga pemilihan MT akan datang.

VIDEO: Sebab mengapa Muhyiddin Yassin mahu terus kekal dalam UMNO
VIDEO: Kenapa saya harus keluar UMNO hanya kerana Tun M keluar - Muhyiddin Yassin
VIDEO: Muhyiddin Yassin sangkal tidak jalan tugas



Tindakan Muhyiddin

Muhyiddin akan menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) di bawah Seksyen 16 Akta Pertubuhan 1966, supaya RoS boleh menjelaskan status proses penggantungannya di sisi perlembagaan.

Muhyiddin akan menghadiri perjumpaan tertutup bagi mendesak pengunduran Najib pada 27 Mac ini.

Muhyiddin turut mengesahkan menerima jemputan daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan penganjur program tersebut.

Muhyiddin mengakui bahawa dia tidak gentar dengan amaran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berhubung kemungkinan akan dibuang parti jika terus bersuara.

Muhyiddin juga menegaskan akan bersuara dengan lebih lantang selepas ini atas amanah yang diberikan kepadanya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

VIDEO: RoS harus jelaskan jika penggantungan saya sah - Muhyiddin Yassin
VIDEO: Saya harap Peguam Negara akan bertindak adil dan amanah - Muhyiddin Yassin
VIDEO: PM tidak boleh didakwa? - Muhyiddin Yassin



Reaksi MT berhubung pendirian Muhyiddin

Datuk Irmohizam Ibrahim menyifatkan Muhyiddin sebagai seorang yang berjiwa besar.

Irmohizam mengakui sudah menjangkakan pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang melihatnya memberi impak baik terutama kalangan anak muda terhadap kredibiliti parti keramat orang Melayu itu.

Tengku Adnan memberi amaran bahawa pertikaian atau keputusan parti tidak boleh dicabar di mahkamah.

Katanya, isu penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO tidak berkaitan dengan Seksyen 16 Akta Pertubuhan 1966.

Tengku Adnan memberitahu, mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, pertikaian atau keputusan parti tidak boleh dicabar di Mahkamah manakala Seksyen 16 Akta Pertubuhan ialah berkenaan pertikaian sesama ahli atau kalangan ahli.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa penggantungan Muhyiddin dilakukan mengikut prosedur.

Kata Salleh, Muhyiddin juga mempunyai hak untuk membantah penggantungan berkenaan.

VIDEO: Keputusan Muhyiddin kekal dalam UMNO sudah dijangka
VIDEO: Hak Muhyiddin pertikai penggantungannya - Salleh Said
VIDEO: Tiada guna kekal jika musnahkan parti dari dalam - Ahli UMNO