AYER KEROH:Tindakan orang ramai menularkan sesuatu yang tidak pasti sehingga mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat berhubung penularan pandemik COVID-19, hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, sebaliknya orang ramai perlu merujuk kepada pihak berkuasa samada pihak polis ataupun Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu.
“Semua maklum rakyat ketika ini bimbang dengan peningkatan kes COVID-19 dan walaupun kita cuma menunjukkan bahawa kita peka dengan wabak itu, tidak sepatutnya sesuatu perkara ditularkan ke media sosial tanpa merujuk kepada pihak polis atau KKM.
“Langkah itu sebenarnya adalah tidak wajar bahkan mengganggu tugas pihak berkuasa dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19 ini,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Semalam, tular sekeping gambar memaparkan seorang warga emas berusia 69 tahun memakai gelang merah jambu sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah.
Menerusi tangkap layar yang tular di laman Facebook dan aplikasi Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa sengaja keluar rumah untuk mengisi minyak sekali gus menimbulkan panik orang ramai mengenai tindakannya.
Abdul Majid bagaimanapun berkata, lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit dan singgah di stesyen minyak sebelum mendapati gambarnya tular di media sosial.
“Kita kerja ikut peraturan, kes tular gelang pink ni kita dapati individu itu sudah habis tempoh kuarantin dan dalam perjalanan ke hospital untuk potong gelang pun.
“Warga emas yang ditularkan itu telah disahkan negatif dan orang ramai serta masyarakat tidak perlulah panik kerana tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” tambahnya lagi.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Jan 25 2021

Semalam, tular sekeping gambar memaparkan seorang warga emas berusia 69 tahun memakai gelang merah jambu sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah. - Foto ihsan pembaca

Dadah | Pasangan bertunang dicekup terlibat dadah
Seorang pemuda bersama tunangnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine, heroin dan kodien. Tertuduh, Mohamad Amirul Aliff Mat Jusoh 22 tahun berdepan dengan tujuh pertuduhan manakala pasangannya Nurin Rasyiqah Adabiah Mat Ideris, 21 tahun berdepan dengan dua pertuduhan.

Protes Myanmar | Korban pertempuran dengan Junta kini 38 orang
Korban pertempuran antara penunjuk perasaan di Myanmar dengan Junta tentera terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 38 orang. Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB sifatkan ia sebagai hari paling menyedihkan, sejak rampasan kuasa berkuatkuasa 1 Februari lalu.

Badminton | Sembilan pemain remaja serap ke skuad senior
Prospek remaja yang diserap ke Skuad Senior Kebangsaan ada segala bakat diperlukan untuk dibentuk sebagai jaguh masa depan badminton negara seperti yang ditegaskan Pengarah Teknikal Remaja BAM Datuk Misbun Sidek. Antara yang memimpin graduan 2021 ke skuad senior adalah alumni Kem Badminton Astro Jacky kok dalam perseorangan lelaki dan gandingan No 1 remaja dunia.

Runtuhan SUKE | Pemandu treler akan ditahan untuk siasatan
Pemandu lori treler yang melanggar perancah besi pembinaan lebuhraya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), hingga menyebabkan struktur itu runtuh akan ditahan untuk siasatan lanjut. Struktur berkenaan runtuh dan menghempap sebuah van, menyebabkan dua daripada lima penumpangnya maut.

COVID-19 | Rakyat mula lesu, SOP perlu terus dilaksanakan
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberi amaran terhadap kelesuan menangani pandemik COVID-19. Pada masa sama, rakyat negara itu digesa untuk terus memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal walaupun beberapa sekatan sudah dilonggarkan.

COVID-19 | Silap besar mansuh pemakaian pelitup muka – Biden
Presiden Joe Biden sementara itu anggap keputusan Gabenor Texas dan Misissippi untuk melonggarkan sekatan termasuk mansuhkan mandat pemakaian pelitup muka sebagai satu kesilapan yang besar. Jelas Biden, Amerika Syarikat sedang mengubah asas terhadap penyakit COVID-19 kerana kemajuan vaksin dan perkara terakhir yang diperlukan ialah pemikiran yang terkebelakang.

Vaksin COVID-19 | Tempahan lebih 108 peratus, cukup untuk semua
Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata orang ramai tidak perlu bimbang bahawa tiada bekalan vaksin yang mencukupi.

Liga Perdana | Yusri berdepan tugas mencabar
Persediaan di Liga Perdana pula. Jurulatih Skuad Projek FAM-MSN Yusri Che Lah akui berdepan tugasan mencabar untuk membentuk skuad ampuh. Ini menjelang perlawanan pertama menentang Terengganu II, kerana 16 daripada 27 pemainnya ketika ini sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia!

Zoo Negara | Teruja bakal terima pengunjung
Zoo Negara akan dibuka kepada pengunjung bermula jumaat ini, dengan menawarkan 20 peratus diskaun bagi harga tiket dewasa dan kanak-kanak sebagai usaha menarik pengunjung. Timbalan Presidennya, Rosly Ahmad Lana berkata, pembukaan zoo negara mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Lembah Klang.

AWANI Ringkas: Dua maut dihempap struktur SUKE

Annuar Musa selesai terima suntikan vaksin, seru rakyat supaya tidak bimbang
Annuar seru seluruh warga Wilayah Persekutuan agar segera tampil mendaftarkan diri untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Jualan amal bundle Korea raih RM50,000 bantu bawa pulang jenazah ke Tawau
Dana itu bagi proses pengurusan jenazah Muhammad Khairul Anas Abdu Gapal, 31, berasal dari Kampung Titingan di Tawau yang meninggal dunia akibat sakit di Gwangju pada 26 Feb.

Muhyiddin fail saman fitnah terhadap Puad Zarkashi
Tuntutan itu dibuat susulan kenyataan Mohd Puad dalam laman Facebook beliau pada 9 Februari lepas yang bertajuk "Kuarantin Pun Ada Dua Darjat".

Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88
Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota Tentera Darat yang telah terkorban semasa bertugas.

Polis Labuan buka kertas siasatan, bantah laungan azan
Ia berkaitan tiga laporan polis berhubung hantaran melalui aplikasi Facebook membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh.

Australia lulus undang-undang wajibkan Google, Facebook bayar kandungan berita
Undang-undang itu akan memastikan syarikat media diberi bayaran sewajarnya untuk kandungan yang mereka hasilkan.

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

FB Live mengenai darurat: Aziz Bari beri keterangan kepada polis
Dia dipanggil polis untuk memberi keterangan bermula jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari.

'Dakwaan Ketua Armada Bersatu kepada UMNO hanya provokasi' - Syed Ali
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara amat tidak berasas dan sekadar provokasi.