awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu paksa buka tudung: ISMA gesa Pang Ah Ngang letak jawatan

Arfa Yunus
Arfa Yunus
16/01/2014
23:00 MYT
Isu paksa buka tudung: ISMA gesa Pang Ah Ngang letak jawatan
Isu guru Muslim Cina yang dipaksa membuka tudung oleh ahli jemaah pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat baru-baru ini turut mendapat perhatian Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor.
Yang Dipertua ISMA Johor, Mohd Tahir Hamdan dalam satu kenyataan menggesa perletakkan jawatan Pang Ah Ngang dengan segera disebabkan tindakannya mengarahkan guru wanita beragama Islam di sekolah tersebut membuka tudung.
"Tindakan beliau itu merupakan kesinambungan siri-siri penghinaan terhadap Islam di negara ini. Tindakan itu juga merupakan kemuncak penghinaan terhadap Islam dimana beliau dengan beraninya melarang seorang Muslim mengamalkan tuntutan yang diwajibkan kepada umat Islam," kata Tahir.
Tindakan Pang ini menurutnya telah menimbulkan suasana tidak tenteram dikalangan masyarakat di negara ini yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.
"Hanya satu cara sahaja untuk mententeramkan keadaan ini iaitu dengan beliau meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada umat Islam di negara ini," tegasnya.
Semalam, Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen memberi masa selama 24 jam bagi Pang Ah Ngang memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Selain itu, turut mengeluarkan kenyataan menyentuh isu ini adalah Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) yang mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap Guru Besar sekolah tersebut.
Topic Berkaitan
#buka tudung
#guru Muslim Cina
#ISMA
#Johor
#Pang Ah Ngang
#Tahir Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan