awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Palestin: Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN

Bernama
Bernama
25/10/2023
04:50 MYT
Isu Palestin: Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN
Anwar ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, berkata Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin. - Gambar/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pendedahan beliau semalam, berhubung banyak ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.
"Kawalan keselamatan terhadap Perdana Menteri menjadi keutamaan kita," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
Beliau bagaimanapun berkata ugutan terbabit mungkin melibatkan soal ekonomi atau sektor lain seperti eksport negara.
Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan Anwar bahawa beliau menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
BACA: Israel angkuh kerana sokongan AS, Eropah - PM Anwar
[LAPOR LANGSUNG] Negara sekutu Israel perlu bertanggungjawab - Presiden Palestin
Semalam, Anwar ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, turut berkata Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.
Himpunan dihadiri lebih 16,000 rakyat Malaysia pelbagai latar belakang, bangsa dan agama itu bertindak umpama "pembesar suara" bagi menunjukkan sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan menekan tindakan kejam Israel.
Razarudin berkata himpunan itu berlangsung dalam keadaan terkawal dengan melibatkan lebih 300 anggota polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Anwar Ibrahim
#PDRM
#ancaman keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan