awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Palestin: PM mulakan kempen kirim poskad khas kepada Setiausaha Agung PBB

Bernama
Bernama
17/01/2024
08:04 MYT
Isu Palestin: PM mulakan kempen kirim poskad khas kepada Setiausaha Agung PBB
Malaysia berharap agar inisiatif tersebut mendapat perhatian serius daripada Guterres untuk menerima Palestin sebagai ahli PBB dan segera menghentikan keganasan yang berlaku.- Foto FB Anwar Inrahim
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres sebagai menyuarakan aspirasi rakyat Malaysia menuntut keadilan dan keamanan Palestin.
Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan kempen itu turut disertai barisan Jemaah Menteri yang menandatangani poskad tertera ayat We appeal for the UN to accept The State of Palestine as a full member. Ceasefire now! sebelum mesyuarat Kabinet hari ini.
"Penghantaran pertama poskad khas ini dibuat melalui Wakil Tetap Malaysia ke PBB bagi menekankan peri pentingnya satu saluran diwujudkan untuk membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan pandangan kepada PBB dalam memelihara keamanan dan keselamatan sejagat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Malaysia juga berharap agar inisiatif tersebut mendapat perhatian serius daripada Guterres untuk menerima Palestin sebagai ahli PBB dan segera menghentikan keganasan yang berlaku.
Poskad itu boleh dibeli mulai esok di semua pejabat pos pada harga RM2 sekeping (termasuk setem pracetak 90 sen) dan orang ramai juga boleh membuat pembelian secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi Pos Malaysia Bhd https://shop.pos.com.my/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kempen Pengiriman Poskad Khas
#Palestin
#Antonio Guterres
#perang Palestin Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan