awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2022
01:10 MYT
Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Pegawai JPJ (dua, kiri) yang didakwa enggan memproses dokumen kenderaan sudah memohon maaf kepada Qiau Wei (tengah) pada Rabu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Isu mengenai dakwaan pelanggan tidak berpuas hati dengan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bundusan, Sabah kerana enggan memproses dokumen kenderaan, sudah diselesaikan secara baik.
Pelanggan yang dikenali sebagai Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan berkaitan isu itu pada Rabu.
"Pegawai tersebut telah memohon maaf dan saya dengan seikhlas hati juga menerima permohonan maaf tersebut.
"Kami anggap perkara ini sudah selesai dan saya akan memadamkan dakwaan yang dimuat naik dalam Facebook berkaitan pegawai tersebut," katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Rabu.
Wei berkata, dia sebagai pengguna berharap perkara itu tidak berlaku lagi.
"Kita bersama memudahkan urusan masing-masing kerana hakikatnya kita saling memerlukan antara satu sama lain," ujarnya.
Pada Selasa, Wei mendakwa pegawai JPJ tersebut enggan memproses dokumennya walaupun beliau telah mengikut arahan dan menunggu giliran seperti pelanggan lain.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim ketika dihubungi memaklumkan, JPJ Sabah dan kakitangan yang terlibat sudah membuat permohonan maaf.
"Pengadu juga telah memuat naik di Facebooknya berhubung perjumpaan dia dengan pegawai terlibat," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JPJ Bundusan
#zailani hashim
#pelanggan tidak puas hati
#pegawai JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan