awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pelanggaran SOP PKPB: ADUN Ketari beri keterangan polis

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2020
15:03 MYT
Isu pelanggaran SOP PKPB: ADUN Ketari beri keterangan polis
Menerusi kenyataan itu, Young Syefura sekali lagi memohon maaf atas atas perkara yang telah berlaku. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman telah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang berkenaan isu pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB).
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Young Syefura memberitahu beliau hadir bersama peguamnya Syahredzan Johan.
"Keterangan saya telah dirakam dan saya telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.
"Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan Pendakwa Raya dalam menentukan tindakan yang akan diambil terhadap saya.
"Saya berharap apa-apa tindakan yang akan diambil adalah adil dan saksama, dan tanpa layanan berbeza walaupun saya seorang wakil rakyat," katanya.
Menerusi kenyataan itu, Young Syefura sekali lagi memohon maaf atas atas perkara yang telah berlaku.
BACA: Gambar tular berkelah ketika PKPB, ADUN Ketari mohon maaf, rela disiasat
BACA: Polis terima dua laporan dakwaan pelanggaran SOP oleh ADUN Ketari
Pada Isnin, media melaporkan, Young Syefura memohon maaf selepas netizen menuduhnya melanggar SOP (PKPB) yang berkuat kuasa di Selangor.
Bagaimanapun, gambar itu kemudian dipadamkan selepas ia tular di media sosial.
Young Syefura juga menjelaskan, walaupun berkhidmat sebagai ADUN di Pahang tetapi beliau bermastautin di Selangor.
Pelaksanaan PKPB di Selangor, bermula pada 14 Oktober lalu, melarang pergerakan antara negeri dan daerah kecuali untuk tujuan kerja dan kecemasan.
Topic Berkaitan
#Young Syefura Othman
#Rara
#PKPB
#SOP
#langgar
#ADUN Ketari
#Pelanggaran SOP
#Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat
#Syahredzan Johan
#Pahang
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan